awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Golden Globes 2018: Ini platform aktres Hollywood suarakan solidariti

Agensi
Agensi
09/01/2018
07:15 MYT
Golden Globes 2018: Ini platform aktres Hollywood suarakan solidariti
Kebanyakan aktres Hollywood mengenakan busana serba hitam di laluan karpet merah bagi menyokong solidariti kepada kempen #TimesUp.
KESAKSAMAAN dan usaha perkasa wanita menjadi tema utama anugerah berprestij Golden Globe ke-75.
Kebanyakan aktres Hollywood mengenakan busana serba hitam di laluan karpet merah bagi menyokong solidariti kepada kempen #TimesUp.
Bukan itu sahaja, beberapa orang aktivis bagi gerakan untuk membanteras pencabulan seksual terhadap wanita turut hadir pada malam anugerah gilang gemilang tersebut.
Kempen solidariti itu bukan sahaja di laluan karpet merah, malah beberapa orang aktres yang berjaya merangkul anugerah malam itu menggunakan platform tersebut bagi menyampaikan mesej buat wanita di dalam dewan dan di rumah.
Ini kata-kata aktres yang membawa semangat wanita pada malam anugerah Golden Globe ke-75.
OPRAH WINFREY
Oprah Winfrey. Sumber: AP
Oprah Winfrey. Sumber: AP
"Saya mahu semua wanita yang menonton untuk tahu bahawa hari kita telah tiba! Ini semua disebabkan anda wanita yang luar biasa di dalam dewan ini. Bukan itu sahaja, malah para lelaki yang hebat dengan menghormati agar wanita tidak perlu lagi berkata 'saya juga'."
REESE WITHERSPOON
Reese Witherspoon. Sumber: AP
Reese Witherspoon. Sumber: AP
"Anugerah ini menunjukkan kehidupan yang tidak semua orang dapat lihat di balik tadbir, jadi dengan ini saya ingin berterima kasih atas keberanian buat mereka yang menyuarakan pencabulan dan gangguan seksual yang terjadi. "Keberanian anda saya hargai, malah saya berharap agar lebih anugerah seperti ini diadakan bagi menjadikan platform untuk mereka menyuarakan dari terus berdiam diri dan sembunyi di saat dicabul dan diseksa. “Masa itu telah tamat. Kami mendengar, kami menyokong anda." RACHEL BROSNAHAN, ‘Marvelous Mrs Maisel’ Rachel Brosnahan. Sumber: AP
Rachel Brosnahan. Sumber: AP
"Filem ini mengisahkan seorang wanita yang berani, bijak dan rumit. Terdapat banyak cerita benar seperti ini yang boleh kita ketengahkan. Ayuh berganding bahu agar lebih filem seperti ini dapat memberi inspirasi." LAURA DERN, ‘Big Little Lies’ Laura Dern. Sumber: AP
Laura Dern. Sumber: AP
"Ramai di kalangan wanita dilatih agar tidak menyuarakan apa yang terjadi dan hanya memendam menjadi norma mereka. Saya menyeru agar semua menyokong mereka yang berani menyuarakan apa yang terjadi. Keadilan harus ditegakkan." FRANCES MCDORMAND, ‘Three Billboards Outside Ebbing, Missouri’ Frances McDormand. Sumber: AP
Frances McDormand. Sumber: AP
"Saya gembira berada di dalam dewan ini dan menjadi sebahagian dari perubahan industri perfileman antarabangsa. Para wanita malam ini bukan hadir kerana makanan, mereka di sini untuk bekerja."
Topic Berkaitan
#Golden Globe
#kesaksamaan
#MeToo
#Oprah Winfrey
#PERKASA
#Reese Witherspoon
#The Golden Globe 2018
#timesup
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan