CALIFORNIA: Anugerah Golden Globes kembali selepas setahun diboikot gara-gara isu etika dan perkauman.

Penganjur, Hollywood Foreign Press Association dijangka sasar acara itu kembali jadi perhatian, selepas reformasi yang dilaksanakan.

Tahun lalu, ramai bintang dan pemain industri memboikot anugerah berkenaan.

Stesen televisyen NBC turut memilih tidak menyiarkan malam anugerah Golden Globes.

Pelawak Jerrod Carmichael, yang memenangi Anugerah Emmy tahun lepas untuk filem 'Rothaniel' bakal mengacarakan Golden Globes kali ini.

Eddie Murphy dan Ryan Murphy dilaporkan akan dianugerah dengan anugerah khas.

Barisan penyampai anugerah tahun ini termasuk Ana de Armas yang tercalon untuk 'Blonde', dan Jenna Ortega untuk 'Wednesday', manakala Sean Penn akan mengumumkan mesej daripada Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy.