Akhirnya tuduhan Justin Bieber menghisap ganja terbukti benar.

Ini berikutan foto Bieber melakukan perbuatan tersebut sudah tersebar luas di internet.

Penyanyi remaja itu dirakam menghisap ganja bersama kawannya di sebuah hotel di Newport Beach.

Sumber menyatakan teman baiknya, Lil Twist turut bersamanya ketika kejadian berlaku.

Lil Twist merupakan individu yang bertanggungjawab memandu Ferrari putih milik Bieber.

Seorang papparazi bernama Chris Guerra terbunuh kerana ingin merakamkan foto Bieber.

Lil Twist yang merupakan anak didik Lil Wayne yang dilihat memberi pengaruh buruk kepada Bieber dan perkara membimbangkan ramai pihak.

Sehingga kini jurucakap Bieber masih belum tampil memberikan sebarang komen.

Sementara itu, peminat Justin Bieber telah mewujudkan satu trend yang membimbangkan di laman Twitter.

Akibat terlalu kecewa dengan hakikat Bieber menghisap ganja, peminatnya telah mengelar pergelangan tangan mereka.

Hash Tag "Cut For Beber" telah menjadi trending di Twitter, apabila remaja mengelar pergelangan tangan mereka.

Gambar itu dimuat naik di laman tersebut sebagai tanda protes dan berharap Bieber tidak akan menghisap ganja lagi.

Lebih teruk, sebuah blog telah diwujudkan peminat fanatik Bieber yang menggalakan semua "Beliebers" untuk turut mengelar pergelangan tangan mereka.

Miley Cyrus yang prihatin telah menyuarakan pendapatnya di akaun Twitter dengan menyatakan perkara itu sangat menjelikkan.