awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Grand Theft Auto VI dijangka hadir 2025, penantian 12 tahun bakal berakhir

Amanz
Amanz
06/12/2023
04:00 MYT
Grand Theft Auto VI dijangka hadir 2025, penantian 12 tahun bakal berakhir
Menerusi treler yang dikongsikan, ia mengesahkan siri GTA akan kembali ke Vice City buat pertama kali sejak GTA: Vice City dari tahun 2002. -Amanz
Treler Grand Theft Auto VI (GTA 6) telah dilancarkan 12 jam lebih awal daripada sepatutnya pagi semalam selepas ia tertiris ke arena web.
Menerusi treler yang dikongsikan, ia mengesahkan siri GTA akan kembali ke Vice City buat pertama kali sejak GTA: Vice City dari tahun 2002.
Berdasarkan treler yang sama, kita dapat melihat watak utama permainan tahun ini ialah seorang wanita yang baru dilepaskan dari penjara.
Tidak diketahui sama ada GTA 6 akan mengikuti perjalanan hidupnya selepas atau sebelum dipenjarakan.
Tiada petunjuk lebih daripada satu watak boleh dikawal seperti GTA V sebelum ini.
Turut menarik ialah terdapat media sosial seakan TikTok di dalam permainan dengan pemain boleh mengikuti akaun pempengaruh media sosial ataupun pihak polis sendiri.
Dari segi peta pula, dapat dilihat kawasan pulau dari GTA Vice City kembali bersama kawasan luar bandar yang jauh lebih besar.
Di akhir treler, GTA 6 disahkan akan dilancarkan pada tahun 2025 dengan ia menamatkan penantian selama 12 tahun untuk permainan GTA baharu. -Amanz
Topic Berkaitan
#TikTok
#Grand Theft Auto VI
#GTA 6
#GTA Vice City
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan