awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Groupon Malaysia tawar peluang bertemu Brad Pitt 17 Mei ini

Gempak
Gempak
25/04/2014
05:46 MYT
Groupon Malaysia tawar peluang bertemu Brad Pitt 17 Mei ini
Brad Pitt - Gambar Fail
Syarikat e-niaga, Groupon telah menawarkan tawaran Epic deal kepada para pelanggan bagi memberi peluang untuk menyertai majlis Gala ‘Make It Right ‘ iaitu organisasi yang diasaskan oleh aktor terkenal Hollywood, Brad Pitt di New Orleans, Amerika Syarikat pada 17 Mei ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Groupon Eric Lefkofsky, tujuan tawaran itu diadakan adalah untuk mendedahkan orang ramai mengenai organisasi tersebut.
“Melalui usaha tanggungjawab sosial syarikat ini, kami telah membantu untuk membina dan menyokong komuniti di sekitar menerusi ribuan peniaga tempatan sejak penubuhan Groupon ini.
"Dengan adanya kerjasama ‘Make It Right’, kami dapat mendedahkan kepada berjuta-juta orang di seluruh dunia mengenai projek yang penting ini dan membantu organisasi tersebut untuk membuat perubahan yang signifikan bahawa seseorang itu perlu membantu berjuang bagi kawasan kejiranan yang lain di seluruh dunia,” katanya.
Selain itu, syraikat e-niaga sosial dan platform pembelian secara kolektif itu didapati sudah pun menyumbang sebanyak RM326,950 kepada ‘Make It Right’ bagi membantu dan membina komuniti sekitar.
Sehubungan itu, Groupon Malaysia turut menawarkan ganjaran Epic Deal itu kepada pelanggan di negara ini termasuklah dua tiket penerbangan berstatus VIP ke New Orland, tiket ke majlis gala ‘Make It Right 2014’ serta tiket menyertai acara selepas majlis.
Menariknya lagi, pelanggan bertuah berpeluang untuk bertemu dengan pengasas kempen ini iaitu Brad Pitt selain menyertai lawatan ke tapak ‘Make It Right’ di New Orleans.
Malam gala yang akan diadakan di The Mill Sugar, New Orleans menjanjikan persembahan hebat oelh artis-artis terkenal seperti Bruno Mars dan Kings of Leon.
Majlis turut dimeriahkan lagi dengan jamuan koktel dan sajian lazat daripada chef-chef terkemuka seperti Susan Spicer dan Donald Link.
Lebih istimewanya lagi, tawaran Epic Deal yang bernilai RM82,500 hanya ditawarkan sebanyak 10 tawaran sahaja di seluruh dunia termasuk Malaysia, Australia, Belgium, Brazil, Denmark, Perancis dan Jerman.
Tawaran Epic Deal ini telah dibuka sejak 22 April lalu.
Jadi kepada mereka yang berminat untuk membeli tawaran ini, sila layari www.groupon.my --- Astro Gempak
Topic Berkaitan
#Brad Pitt
#groupon
#Make It Round
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan