awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Layar: SPRM beku 21 akaun, sita dua hotel milik pegawai kanan TLDM
[TERKINI] Kerajaan Selangor batal projek ternakan babi Bukit Tagar - MB
Perincian penubuhan Jabatan Pendakwaan Syariah Malaysia di peringkat akhir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GV2019: Dari juara ke 3 tercorot, Jatt nafi terlebih yakin!

Gempak
Gempak
22/10/2019
06:00 MYT
GV2019: Dari juara ke 3 tercorot, Jatt nafi terlebih yakin!
Jelas Jatt, lagu Dulu Dan Sekarang (Black Dog Bone) menjadi dendangannya selama lebih 30 tahun dan keputusan mingguan berdasarkan penilaian juri yang dilihatnya bersifat subjektif.
BINTANG Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Jatt Ali menafikan terlalu selesa ketika membuat persembahan pada minggu kedua hingga menyebabkannya tersungkur di tangga tiga tercorot.
Jelas Jatt, lagu Dulu Dan Sekarang (Black Dog Bone) menjadi dendangannya selama lebih 30 tahun dan keputusan mingguan berdasarkan penilaian juri yang dilihatnya bersifat subjektif.
"Terus terang saya tak kecewa atau terperanjat pun apabila diumumkan berada di tangga tiga terbawah. Itu penilaian juri dan saya menghormatinya, mungkin minggu ini saya kurang garam.
"Saya tidak mempertikaikannya dan ia bagus untuk saya. Apabila jatuh, saya perlu bekerja lebih keras dan buat lebih baik minggu hadapan.
"Soal terlalu yakin tidak timbul sebab lagu itu sudah saya nyanyikan sejak 30 tahun lalu, sudah biasa.
"Tidak salah pun saya menyanyikan dengan cara saya selama ini, lainlah kalau saya nyanyi lagu orang," jawab Jatt kepada Gempak.
Pada persembahan konsert kedua GV2019, Jatt menerima kritikan daripada juri Hetty Koes Endang untuk mewarnai persembahannya dengan lebih dinamik dan mengajak penonton bernyanyi bersama-sama.
Sementara itu, menerusi persembahan lagu Khayalan minggu pertama, Jatt mendapat pujian ramai hingga meletakkannya sebagai juara mingguan.
Jatt juga meraih sokongan peminat secara atas talian menerusi undian Bintang Cuckoo Paling Gempak.
Kemenangan itu melayakkan Jatt memperoleh pembersih dan pengering udara Cuckoo bernilai Rm2,800.
Teruskan mengundi bintang pujaan anda secara atas talian di www.gempak.com/gegarvaganza sebelum undian ditutup pada pukul 6 petang setiap Ahad.
Jangan lupa saksikan konsert ketiga GV2019 pada hari Ahad ini 27 Oktober 2019 pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.
GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.
Topic Berkaitan
#Astro
#Black Dog Bone
#Gegar Vaganza 2019
#GV2019
#Jatt Ali
#konsert
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan