awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SUKAN
TERKINI: Bintang Liverpool, Diogo Jota meninggal dunia
DUNIA
WHO beri amaran sistem kesihatan Gaza berisiko lumpuh sepenuhnya
MALAYSIA
Pemeriksaan mata sebelum masuk sekolah rendah wajar dilaksanakan - Dr Zaliha
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HIBURAN

Hakim tolak permohonan ikat jamin Sean 'Diddy' Combs selepas sabitan kes pelacuran

Astro Awani
Astro Awani
02/07/2025
22:40 MYT
Hakim tolak permohonan ikat jamin Sean 'Diddy' Combs selepas sabitan kes pelacuran
Combs, yang pernah dikenali sebagai Puff Daddy dan P. Diddy, telah ditahan sejak penangkapannya pada September 2024. - Foto AP
NEW YORK: Usahawan muzik dan ikon hip-hop, Sean “Diddy” Combs, akan terus ditahan selepas seorang hakim persekutuan menolak permohonan ikat jamin susulan sabitan terhadap dua pertuduhan berkaitan pelacuran.
Hakim Arun Subramanian membuat keputusan itu selepas pihak pendakwa berhujah bahawa Combs berisiko melarikan diri dan berpotensi mengganggu saksi.
Peguam bela Combs, Marc Agnifilo, sebelum ini memohon agar anak guamnya dibebaskan dengan syarat ketat, memandangkan ini adalah sabitan jenayah pertamanya.
Combs, 55, disabitkan atas dua pertuduhan pengangkutan untuk tujuan pelacuran, namun dibebaskan daripada tuduhan lebih berat termasuk konspirasi pemerasan dan pemerdagangan seks.
Jika disabitkan sepenuhnya, beliau berdepan hukuman maksimum 20 tahun penjara - 10 tahun bagi setiap pertuduhan.
Perbicaraan selama tujuh minggu itu mendedahkan dakwaan bahawa Combs menggunakan empayar perniagaannya untuk memaksa dua bekas pasangan romantiknya - termasuk penyanyi R&B Cassie Ventura - menyertai aktiviti seksual yang digambarkan sebagai “Freak Offs” bersama pekerja seks lelaki, sambil beliau menonton dan merakam.
Walaupun pihak pembelaan mengakui wujud unsur keganasan dalam hubungan peribadi Combs, mereka menegaskan bahawa semua aktiviti seksual yang berlaku adalah atas dasar suka sama suka.
Combs, yang pernah dikenali sebagai Puff Daddy dan P. Diddy, telah ditahan sejak penangkapannya pada September 2024.
Beliau dijangka mengemukakan rayuan terhadap sabitan tersebut selepas hukuman dijatuhkan kelak.
Topic Berkaitan
#Sean 'Diddy' Combs
#ikan jamin
#pelacuran
#Arun Subramanian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami