KUALA LUMPUR: Ingatan dan kenangan terhadap lagu-lagu seperti Bunga Matahari, Burung Kakak Tua, Suriram, Buai Laju-laju, Anakku Sazali dan banyak lagi sentiasa hadir dalam kotak memori Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Kepada penyanyi kesayangan ramai itu, beliau dewasa dengan lagu-lagu klasik sedemikian kerana seperti kanak-kanak lain, ibu dan ayahnya sering mengalunkan kepadanya.
Justeru, sebagai menghargai keindahan melodi klasik lagu-lagu tersebut, Siti Nurhaliza membuat keputusan merakamkannya dalam versi baharu untuk dimuatkan dalam sebuah album yang akan dipasarkan tidak lama lagi.
“Siti sangat suka dengan lagu-lagu itu. Masa kanak-kanak, lagu-lagu itulah yang sering Siti nyanyikan, Jadi, apabila ada ruang dan kesempatan, Siti buat keputusan untuk merakamkannya untuk memberi peluang kepada peminat-peminat Siti untuk menghargainya pula,” kata Siti Nurhaliza dalam temu bual bersama Astro AWANI pada Rabu.
Selain lagu-lagu berkenaan, Siti Nurhaliza turut merakamkan sebuah lagu baharu ciptaan beliau sendiri berjudul Anakanda yang liriknya ditulis oleh pengurus peribadinya, Rozi Abd Razak.
Kata Siti Nurhaliza, pembikinan album kanak-kanak ini melengkapkan cita-citanya yang sudah lama tertangguh.
Sebetulnya, ketika hamil anak sulung, Siti Aafiyah sekitar tiga tahun lalu, beliau pernah menyuarakan hasrat untuk merakamkan sebuah album yang memuatkan lagu kanak-kanak.
Namun, lantaran terlalu banyak kekangan, hasrat itu terpaksa diabaikan, hanya sebuah single iaitu Comel Pipi Merah sahaja yang berpeluang dirakamkannya.
Justeru, kali ini, kata Siti Nurhaliza, berkat perancangan yang teliti, keinginan itu direalisasikan dan beliau secara peribadi amat gembira dengan hasil pembikinannya.
“Album ini boleh didengar oleh peminat-peminat saya ketika saya bercuti berpantang nanti. Bolehlah diperdengarkan kepada anak-anak kecil supaya mereka juga boleh menghargai irama-irama klasik,” katanya lagi.
Merakamkan lagu pada usia kandungan lapan bulan tidak dinafikan oleh Siti Nurhaliza yang beliau berhadapan dengan cabaran, lebih-lebih lagi pada aspek pernafasan.
“Memang tidak dinafikan, Siti berhadapan dengan cabaran pernafasan, faham-faham sajalah sudah lapan bulan (kandugan) dan jarang menyanyi sepanjang hamil.
“Namun begitu, syukur Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan,” katanya sambil memaklumkan mulai hujung bulan ini beliau akan mula berehat dan memberi tumpuan pada kelahiran cahaya mata kedua.
Saharudin Musthafa
Wed Mar 10 2021
Wajah terbaharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin yang dikongsi di akaun Instagram peribadinya.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Izzuddin-Sze Fei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terlepas bergelar juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas ditewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
Siti Nurhaliza tidak endah kecaman, berazam buat yang terbaik
Meskipun bersyukur dengan penghormatan yang diberikan, penyanyi nombor satu negara itu mengakui kekok dengan gelaran tersebut dan lebih selesa dipanggil dengan namanya sendiri, Siti Nurhaliza.
'Selalu cabar diri, cipta nama di luar negara' - Nasihat Siti Nurhaliza buat pelapis baharu
Siti menasihati penyanyi untuk berani mencuba pelbagai jenis genre dan teknik nyanyian bagi menunjukkan kebolehan mereka dan membuka lebih banyak peluang.
Lebar sayap ke Indonesia, Aina Abdul tidak mengalah
Penyanyi, Aina Abdul mengakui kesempatan untuk menempa nama di negara orang adalah merupakan satu impian untuk setiap anak seni.
Pengurus kongsi reaksi pertama Siti Nurhaliza ketika terima berita anugerah Biduanita Negara
Menerusi video berdurasi 2 min 21 saat itu, Siti atau nama penuhnya Siti Nurhaliza Tarudin kelihatan terkejut ketika membaca ucapan yang diterimanya daripada MOTAC Okt lalu.
'Penghormatan besar' - Faizal Tahir teruja jadi artis jemputan konsert Siti Nurhaliza & Judika
Beliau menyatakan rasa terujanya untuk berkongsi pentas dengan dua bintang besar ini dan berharap agar penonton dapat merasai keunikan dan semangat muzik yang dibawanya.
Fahmi ucap tahniah kepada Siti Nurhaliza atas penganugerahan Biduanita Negara
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengucapkan tahniah kepada penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin yang diiktiraf Biduanita Negara.
Diiktiraf Biduanita Negara 2024, Siti Nurhaliza iltizam angkat seni negara
Siti Nurhaliza anggap Anugerah Biduanita Negara antara pengiktirafan terbesar dalam kerjaya seninya hampir 30 tahun.
Siti Nurhaliza dianugerahkan gelaran Biduanita Negara
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dinobatkan sebagai Biduanita Negara selepas menerima Anugerah Khas Biduan Negara.
Siti Nurhaliza beri bayangan bakal buat ‘kejutan’ sempena 30 tahun dalam industri
Selepas tonton filem dokumentari Rossa, Siti Nurhaliza dapat inspirasi untuk berkongsi kisah perjalanan seninya.
Tersenarai di The Muslim 500, Siti Nurhaliza luah rasa syukur
Sudah sembilan tahun anak seni kelahiran Kuala Lipis ini berjaya berada sebaris dengan individu yang bukan calang-calang.