awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanna Delisha akui penat menangis dalam 'Andai Itu Takdirnya'

Gempak
Gempak
31/03/2023
15:08 MYT
Hanna Delisha akui penat menangis dalam 'Andai Itu Takdirnya'
Hanna berkata dalam pada masa yang sama jika ada tawaran menjadi duta produk yang bagus, dia akan pertimbangkan. - Gambar Gempak
Pelakon Hanna Delisha mengakui hampir setiap episod drama 'Andai Itu Takdirnya' memerlukan dia menangis dan bermain dengan emosi.
Menurut Hanna, biarpun berasa penat untuk melakonkan babak menangis namun dia berpuas hati kerana drama itu mendapat respon yang besar daripada penonton.
“Memang sangat-sangat penat… sebab itu la saya macam habis projek ini saya nak ambil cuti pendek, nak relax, healing sekejap. Baru sambung next projek.
“Bagi saya, cerita ini memang memberi respon yang sangat besar. Memang kecoh, saya tengok dekat Twitter, TikTok, dan di mana-mana sosial media.
“Tapi saya sangat gembira sebab kami semua memang bekerja keras untuk projek ini. Saya nampak kru produksi, pelakon… mereka memang bersungguh-sungguh.
“Mengetahui fakta ini berdasarkan cerita sebenar, bagi semangat kepada kami untuk lakukan yang terbaik. Semoga jalan cerita itu jadi pengajaran untuk semua,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Hanna memberitahu dia akan mengambil cuti pendek untuk berehat daripada dunia lakonan sebelum memulakan projek lain.
Namun Hanna berkata dalam pada masa yang sama jika ada tawaran menjadi duta produk yang bagus, dia akan pertimbangkan.
“Saya tak suka kerja yang back to back, sebab saya rasa bila habis shooting itu nak ada juga waktu rehat untuk kumpul tenaga semula. Lepas itu baru saya akan fikir apa selepas ini.
“Itu memang rutin saya sejak masuk industri. Tapi bila ada peluang, macam menjadi duta untuk produk tempatan, saya lihat peluang dan produk pun bagus, jadi saya akan ambil,” ujarnya.
Selain Hanna, drama yang disiarkan di slot MegaDrama, Astro Ria turut dibintangi oleh Shukri Yahaya, Puteri Sarah Liyana, Idzham Ismail dan Dayang Areeda. - Gempak
Topic Berkaitan
#TikTok
#Twitter
#Andai Itu Takdirnya
#cuti pendek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan