awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hans, Awie berkorban demi cinta kepada kerjaya

Astro Awani
Astro Awani
15/10/2013
09:18 MYT
Hans, Awie berkorban demi cinta kepada kerjaya
Sama ada kecil atau besar, setiap pengorbanan membuktikan kesungguhan anak seni dalam memartabatkan dunia hiburan tempatan.
Hans Isaac misalnya mengakui merajuk untuk mengarah dan menerbitkan filem tetapi kini ingin memeriahkan dunia pementasan.
Kegagalan filem "Lemak Kampung Santan" menawan pawagam membuatkan Hans tawar hati untuk terus berkecimpung dalam dunia filem.
Apatah lagi selepas melaburkan jutaan ringgit untuk menghasilkan produk berkualiti.
Dia bertambah kecewa apabila luahan hatinya dikecam mengenai persepsi penonton tempatan yang gemarkan filem-filem berkualiti rendah.
Selepas berjaya dengan dua siri pementasan "Lawak Ke Der", Hans kini menumpukan perhatian kepada buah tangan terbarunya, teater muzikal "SuperMokh".
Pernah menerbitkan "Cuci The Muzikal" dan "Lat Sebuah Muzikal", kali ini, "SuperMokh" menelan belanja RM3 juta.
Seperti Hans, pelakon yang memegang peranan sebagai Mokhtar Dahari, Awie mengakui sifat kental dalam diri perlu dimiliki setiap selebriti agar mampu bertahan.
Menjadi artis selama hampir tiga dekad, Awie berbangga pengorbanannya selama ini sedikit sebanyak memberi impak.
Teater muzikal arahan bersama Harith Iskander ini turut dibintangi Maya Karin, Rashidi Ishak, Dina Nadzir dan Douglas Lim.
Teater muzikal "SuperMokh" bakal dipentaskan di Istana Budaya bermula 6 sehingga 18 November ini.
Topic Berkaitan
#Awie
#Hans Isaac
#supermokh the musical
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan