LOS ANGELES: Anugerah Grammy 2023 ke-65 yang bersiaran secara langsung esok bakal menyaksikan barisan penyanyi terkenal tampil di pentas mengadakan persembahan dan menyampaikan anugerah.
Salah seorang daripadanya adalah penyanyi terkenal Britain, Harry Styles yang dijangka membuat persembahan di acara anugerah muzik tahunan itu.
Harry Styles juga merupakan salah satu nama yang diumumkan lebih awal untuk membuat persembahan di Anugerah Grammy 2023.
Selain Harry Styles, Sam Smith, penyanyi rap Bad Bunny, Brandy Carlile, Kim Petras, Mary J, Blige, Luke Combs, Lizzo dan Steve Lacy juga sah akan hadir dan membuat persembahan pada malam esok.
Sementara itu, Taylor Swift, Beyonce dan Adele, kehadiran mereka masih belum dapat disahkan sama ada akan muncul esok atau sebaliknya.
Berdasarkan pencalonan Anugerah Grammy 2023, Beyonce mendahului dengan sembilan pencalonan iaitu Album Terbaik Sepanjang Tahun (Album of the Year), Rekod Terbaik Sepanjang Tahun (Record of the Year), Lagu Terbaik (Song of the Year) dan enam kategori lain.
Ini diikuti Harry Styles ada Adele yang menerima tujuh pencalonan bersama, termasuk Album Terbaik, Rekod Tahun, Lagu Terbaik, Video Muzik Terbaik dan Persembahan Solo Pop Terbaik.
Dalam pada itu, penyanyi Taylor Swift kali ini menerima empat pencalonan, terutamanya All Too Well (Versi 10 Minit) untuk kategori Video Muzik Terbaik dan Lagu Terbaik.
Kumpulan pop popular Korea Selatan BTS juga sekali lagi dicalonkan pada Anugerah Grammy 2023 untuk Persembahan Duo/Kumpulan Pop Terbaik untuk lagu My Universe, hasil kerjasama dengan Coldplay. Selain itu, BTS juga dicalonkan untuk Video Muzik Terbaik menerusi lagu Yet to Come yang akan bersaing dengan Adele, Doja Cat, Harry Styles, Kendrick Lamar dan Taylor Swift.
Beberapa selebriti termasuk pemenang Grammy terdahulu dijangka tampil sebagai penyampai anugerah antaranya Dwayne Johnson, James Corden, Viola Davis, Shania Twain, Cardi B dan Olivia Rodrigo.
Sementara itu, Wanita Pertama Amerika Syarikat Jill Biden juga akan menjadi salah seorang penyampai Anugerah Grammy 2023 manakala Trevor Noah dipilih menjadi hos pada malam itu nanti.
Malam kemuncak Anugerah Grammy 2023 yang berlangsung esok (5 Februari 2023) bertempat di Crypto.com Arena, Los Angeles, California bermula jam 8 pagi (waktu Malaysia).
Agensi
Sat Feb 04 2023
Beyonce mendahului dengan sembilan pencalonan iaitu Album Terbaik Sepanjang Tahun (Album of the Year), Rekod Terbaik Sepanjang Tahun (Record of the Year), Lagu Terbaik (Song of the Year) dan enam kategori lain.- Instagram
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Anugerah Grammy 2023: Harry Styles rangkul Album Terbaik menerusi 'Harry's House'
Styles berjaya mengetepikan saingan daripada kumpulan ABBA ( Voyage), penyanyi Adele (30), Coldplay (Music of the Spheres), dan Lizzo (Special).
Harry Styles, Sam Smith gamatkan pentas Anugerah Grammy 2023 esok
Harry Styles merupakan salah satu nama yang diumumkan lebih awal untuk membuat persembahan di Anugerah Grammy 2023.