awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Haters kutuk saya sampai berkecai, tapi saya bangun, lekat balik pakai gam" - Nur Sajat

Gempak
Gempak
26/02/2018
12:17 MYT
"Haters kutuk saya sampai berkecai, tapi saya bangun, lekat balik pakai gam" - Nur Sajat
Meraikan keluarga, teman rapat serta 80 orang anak-anak tahfiz Az Zahra, Pinggiran Subang, majlis ulang tahun Nur Sajat yang ke-33 diadakan di Wisma Nur Sajat yang terletak di Shah Alam.
USAHAWAN kosmetik yang kini bergelar penyanyi, Nur Sajat mengakui sudah lali menerima kecaman sesetengah pihak yang tidak menyukai dirinya.
"Kecaman membuatkan saya dah lali. Apa yang saya buat pastinya akan menjadi viral. Saya tak mahu mempedulikan kecaman dah ingin terus maju dalam bidang perniagaan yang saya ceburi.
"Kalau boleh saya gambarkan, kecaman yang saya terima bertubi-tubi dan haters mengutuk saya sampai semuanya berkecai. Apa yang saya boleh buat adalah bangun semula dan lekatkan balik apa yang berkecai menggunakan gam yang kuat," seloroh Sajat.
BACA JUGA: Hentikan bercakap tentang isu jantina saya - Sajat
Menyambut ulang tahun yang ke-33 pada Jumaat lalu, penyanyi lagu Abang Nak Tegur ini mengadakan sebuah majlis kesyukuran.
Meraikan keluarga, teman rapat serta 80 orang anak-anak tahfiz Az Zahra, Pinggiran Subang, majlis tersebut diadakan di Wisma Nur Sajat yang terletak di Shah Alam.
"Sempena hari lahir, saya mahu perniagaan yang dijalankan semakin sukses. Tiada apa yang saya harapkan sempena hari lahir selain menggembirakan hati ibu bapa, bahagia bersama keluarga dan mengembangkan lagi kerjaya," katanya lagi.
BACA JUGA: Kami jangka ambil masa sebulan tentukan jantina Sajat - Jakim
Dalam perkembangan lain, Sajat bakal muncul dengan single terbaru yang berjudul Makhluk Penggoda tidak lama lagi.
Teks oleh: Kamaruddin Razal Foto: Instagram Sajat
Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.. majlis secara kecil kecilan tetapi meriah giler.. tq so much kepada semua nya.. untuk majlis kesyukuran dan majlis hari jadi saya yang ke tutttttt!!!!!! Younger forever uols!!!terima kasih kepada anak anak tahfiz,ustaz2 untuk majlis hari ini... Amin
Topic Berkaitan
#Abang Nak Tegur
#Nur Sajat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan