awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hazama kembali, lagu Tunggu Aku Datang jadi OST drama 'Ammar dan Opie'

Gempak
Gempak
29/09/2018
00:15 MYT
Hazama kembali, lagu Tunggu Aku Datang jadi OST drama 'Ammar dan Opie'
Buah tangan terbaru Hazama ini diyakini mampu mengubati rindu para peminatnya yang sudah lama tidak disajikan dengan persembahan muzik yang hebat daripada penyanyi tersebut.
SETELAH sekian lama tidak merakamkan lagu, penyanyi Hazama kembali dengan sebuah lagu baru berjudul Tunggu Aku Datang.
Menariknya lagu itu telah dipilih untuk sebagai lagu tema untuk sebuah drama bersiri berjudul ‘Ammar dan Opie’.
Lagu yang dicipta oleh penyanyi dan komposer popular, Tam Spider itu mendapat sentuhan Keon selaku penulis lirik dan mengetengahkan muzik berkonsep Pop Balada.
Malah, lagu ini memang diciptakan khas untuk Hazama, bersesuaian dengan vokal dan juga imej yang dibawa oleh penyanyi tersebut.
Ketua Label Muzik Rocketfuel Records, Feros berkata mereka yakin buah tangan terbaru Hazama ini mampu mengubati rindu para peminatnya yang sudah lama tidak disajikan dengan persembahan muzik yang hebat daripada penyanyi tersebut.
“Kehebatan vokal Hazama sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Lunak suara dan gaya nyanyian beliau pastinya akan memukau setiap persembahan.
“Bukan itu sahaja beliau merupakan penyanyi versatile yang boleh membawakan apa jua genre muzik. “Jadi saya harapkan agar ‘Tunggu Aku Datang’ ini dapat memberikan impak lebih terhadap industri muzik tempatan,” ujarnya.
Lagu ‘Tunggu Aku Datang’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.
Video lirik dan muzik lagu ‘Tunggu Aku Datang’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.
Topic Berkaitan
#Ammar dan Opie
#drama
#Hazama
#Lagu
#OST
#pop balada
#Tam Spider
#Tunggu Aku Datang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan