PENYANYI Siti Nordiana mengakui terkejut apabila dirinya berjaya meraih trofi Hos MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME2019) yang berlangsung malam tadi.
Bagaimanapun, selebriti yang mesra disapa dengan nama panggilan Nana ini bersyukur dan berterima kasih kepada semua peminat yang mengundi.
"Sejujurnya, untuk membawa pulang trofi Hos MeleTOP, saya tak sangka langsung. Saya bersaing dengan hos yang berbakat besar serta berkaliber manakala saya pula masih lagi belajar.
"Namun begitu, saya anggap kemenangan di AME2019 ini sebagai kejayaan untuk peminat yang tak henti menyokong dan mengundi. Alhamdulillah, usaha mereka tidak sia-sia dan ini menjadi pemangkin untuk saya bekerja dengan lebih keras," kata Nana.
BACA: Giliran Siti Nordiana, Khai Bahar rangkul Anugerah Top Top Meletop
AME2019 turut menyaksikan Nana meraih trofi utama Top Top MeleTOP Wanita bersama Khai Bahar yang mmembawa pulang trofi utama Top Top MeleTOP Lelaki.
"Saya juga terkejut apabila nama saya diumumkan sebagai pemenang Top Top MeleTOP Wanita. Sejujurnya, saya terharu kerana artis senior seperti saya boleh memenangi trofi utama ini disebalik kebanjiran banyak bakat baru yang menyerlah.
"Ramai lagi artis muda di luar sana yang mempunyai ribuan peminat dan aktif di media sosial. Ini menjadi bukti peminat saya masih sayangkan saya dan saya anggap ini sebagai rezeki dalam industri seni," kata Nana lagi.
AME2019 dihoskan oleh Neelofa, Nabil Ahmad dan Jihan Musa itu telah berlangsung dengan meriah di Axiata Arena, Bukit Jalil malam tadi.
Bertemakan Glam, AME 2019 bersiaran secara langsung pada jam 9.00 malam dan disiarkan di saluran Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Ria HD (123) dan Maya HD (134).
Gempak
Sun Apr 21 2019
AME2019 turut menyaksikan Nana meraih trofi utama Top Top MeleTOP Wanita bersama Khai Bahar yang mmembawa pulang trofi utama Top Top MeleTOP Lelaki.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
SolaRIS memberdaya permintaan solar, tingkat peluang kerja - Pakar
Permohonan boleh dibuat bermula 1 April sehingga 31 Disember 2024 dan permohonan NEM Rakyat yang telah diperolehi perlu beroperasi selewat-lewatnya 31 Mac 2025, atau sehingga kesemua kuota rebat SolaRIS habis diagihkan, yang mana terdahulu.
Masyarakat dinasihati pantau penggunaan tenaga elektrik
Ketua Pegawai Retail, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kamal Ariffin A.Rahman berkata cuaca panas melampau mampu memberi kesan kepada kadar permintaan dan penggunaan peralatan elektrik isi rumah.
Perginya Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee
Jenazah Tokoh Wartawan Negara 2014 allahyarham Datuk Ahmad Rejal Arbee Mahmud Isa Arbee selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 7 Shah Alam pada Jumaat.
'No free lunch', tiada penambahan hari tol percuma - Ahmad Maslan
Kerajaan tidak berhasrat untuk menambah bilangan hari bagi pemberian tol percuma sempena Aidilfitri tahun ini.
Masters Sepanyol: Jun Hao, Wan Arif-Roy King teruskan cabaran
Leong Jun Hao mengesahkan slot suku akhir Sepanyol Masters Super 300 selepas menewaskan pilihan keenam dari Taiwan, Lin Chun Yi.
Ringgit dibuka rendah susulan jangkaan AS tangguh turun kadar faedah
Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar AS.
[TERKINI] Bas persiaran terbalik, 2 maut di Bentong
Sebuah bas persiaran dilaporkan terlibat dalam kemalangan di Km 51.4 arah Timur (Bukit Tinggi - Lentang) lebuh raya Karak Bentong pada awal pagi Jumaat.
Pantau Belanjawan: Riba & gharar dalam aplikasi kewangan digital
9.24 juta telah daftar PADU
Pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) menunjukkan peningkatan iaitu 9.24 juta telah berdaftar setakat Khamis.
'Sorang tercekik tulang, sorang tercekik telur' - Misha Omar tenang jawab kritikan netizen
Foto tersebut telah menjadi perhatian netizen untuk meninggalkan komen kritikan serta perasaan tidak berpuas hati dengan persembahan mereka pada malam itu.
Neelofa 'mengadu' sakit tulang, mahukan tukang urut segera!
Terbaharu hos acara berkenaan Neelofa mendedahkan mengalami sakit tulang selepas mengadakan persembahan tarian dalam malam yang berprestij itu.
"Hos MeleTOP? Top Top MeleTOP? Saya tak sangka langsung..." - Siti Nordiana
Penyanyi Siti Nordiana mengakui terkejut apabila dirinya berjaya meraih trofi Hos MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME2019) yang berlangsung malam tadi.
Sudah bersedia untuk "angkat tangan"? Ini apa yang perlu anda tahu mengenai AME19
Tinggal beberapa hari lagi Anugerah Meletop Era 2019 ( AME19 ) bakal mengegarkan pentas Axiata Arena, Bukit Jalil.
"Tidak masuk akal..." - Neelofa nafi punca 'keretakan' Nabila dan Sharnaaz
Pengacara dan usahawan Neelofa Mohd Noor menjadi tumpuan media yang hadir berhubung status rumahtangga kakaknya, Nabila Mohd Noor, 35, dan pelakon Sharnaaz Ahmad, 33.
AME2019 kembali menggegarkan, undian Top 5 bermula!
Anugerah Meletop Era 2019 (AME2019) bakal kembali mengegarkan Axiata Arena, Bukit Jalil.
Anugerah Meletop Era 2019: Di mana Siti Aafiyah?
Ketiadaan Siti Aafiyah Khalid dalam senarai calon Si Cilik Meletop cetus persoalan. Mengapa anak comel Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa ini tidak tercalon?