awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ayuh bantu cipta logo dan mascot rasmi Sukan SEA 2027!
Jurulatih Valencia CF Fernando Martin maut dalam tragedi bot karam di Indonesia
Polis tahan pengasuh taska berkaitan dakwaan dera bayi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hubungan dengan gadis bawah umur, Kim Soo Hyun keluar kenyataan minggu depan

Agensi
Agensi
13/03/2025
05:00 MYT
Hubungan dengan gadis bawah umur, Kim Soo Hyun keluar kenyataan minggu depan
Soo Hyun (kanan) akan menjelaskan dan menjawab khabar angin yang dilemparkan dengan mengemukakan bukti yang jelas dan kukuh.
PELAKON Korea Selatan, Kim Soo Hyun dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kontroversi mengaitkan dirinya dengan mendiang Kim Sae-ron, minggu depan.
Perkara itu disahkan agensinya, Gold Medalist, pada Khamis.
Gold Medalist dalam kenyataannya memaklumkan, Soo Hyun akan menjelaskan dan menjawab khabar angin yang dilemparkan dengan mengemukakan bukti yang jelas dan kukuh.
"Kami memohon maaf kerana terpaksa mengambil masa dan meminta pemahaman anda kerana kami berhasrat untuk menghentikan laporan palsu dari terus dikeluarkan," katanya.
Saluran YouTube, Hoverlab pada Isnin mendakwa bahawa Soo Hyun menjalin hubungan dengan mendiang Sae-ron ketika dia di bawah umur.
Hoverlab mendakwa pasangan itu menjalin hubungan selama enam tahun, bermula ketika Sae-ron berusia 15 tahun dan Soo Hyun berusia 27 tahun.
Kim Sae-ron, bintang filem "The Man from Nowhere" dan "The Neighbors," ditemui mati di rumahnya bulan lalu, pada usia 24 tahun.
Sehari selepas dakwaan itu dibuat, Hoverlab mengeluarkan gambar yang menunjukkan pelakon itu mencium pipi Sae-ron.
Gold Medalist kemudiannya mengeluarkan kenyataan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu, dan memberi amaran akan mengenakan tindakan undang-undang.
Topic Berkaitan
#kim soo hyun
#Korea Selatan
#kim sae ron
#hubungan bawah umur
#The Man from Nowhere
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan