awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pihak berkuasa Singapura tahan lelaki dakwa ambil dadah bersama bekas peguam, M Ravi sebelum meninggal dunia
Presiden Turkiye tuduh Israel sekat bantuan Gaza dengan “alasan direka-reka”
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hubungan Neelofa, PU Riz baik, bakal umum tarikh kahwin

Astro Awani
Astro Awani
28/01/2021
10:24 MYT
Hubungan Neelofa, PU Riz baik, bakal umum tarikh kahwin
Neelofa menegaskan, kontroversi mengenai pergolakan hubungannya dengan PU Riz seperti yang tercetus baru-baru ini hanyalah salah faham. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Adat dalam sesebuah perhubungan, pasti ada pasang dan surutnya.
Demikian juga dengan hubungan pasangan sensasi, Neelofa dan PU Riz yang sebelum ini dilaporkan berhadapan dengan masalah.
Selepas melalui proses pemulihan, usahawan dan selebriti tersohor negara itu mengesahkan, hubungannya dengan pendakwah bebas itu sangat baik dan positif.
Dalam masa sama, Neelofa menegaskan, kontroversi mengenai pergolakan hubungan mereka seperti yang tercetus baru-baru ini hanyalah salah faham.
"Alhamdulillah, hubungan kami baik-baik sahaja dan positif. Apa yang terjadi baru-baru ini, hanyalah salah faham.
"Cerita yang tidak berasas hanya memburukkan keadaan. Sejak insiden itu, hubungan kami okay sahaja," katanya dalam sidang media secara virtual sempena pelancaran aplikasi gaya hidup Islam, TheNoor yang dibangunkannya, pada Khamisi.
"Alhamdulillah, komunikasi merupakan kunci utama dan banyak perbincangan antara dua pihak juga terlaksana. Syukur, semuanya bertambah baik," tambahnya.
Bahkan, Neelofa juga memberi bayangan akan mengumumkan tarikh perkahwinan mereka dalam masa terdekat.
"Saya akan kongsi dalam masa terdekat. Dalam keadaan sekarang, di mana angka (jangkitan) COVID-19 pada tahap membimbangkan, banyak kekangan yang terpaksa dihadapi.
"Kami ada menghubungi beberapa pihak untuk bertanyakan kesesuaian mengadakan majlis.
"Namun, banyak yang masih menjadi tanda tanya dan tidak jelas. Jadi, sukar untuk kami kongsi perancangan kami," kata usahawan hijab itu lagi.
Hiburan: Sah Neelofa dirisik PU Riz
BACA: Sah Neelofa dirisik PU Riz
Astro AWANI sebelum ini melaporkan, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 32, dan PU Riza atau nama sebenarnya, Haris Ismail, 26, merancang untuk disatukan sebagai suami isteri sekitar Mac ini.
Neelofa yang menerima kehadiran keluarga PU Riz pada 1 November lalu berkata, seperti hubungan orang lain, perhubungannya dengan pendakwa itu juga tidak terlepas daripada melalui cabaran.
View this post on Instagram
A post shared by Neelofa (@neelofa)
"Tipu kalau saya cakap dalam perhubungan, tidak ada pahit manis dan naik turun. Kami juga melalui pengalaman sama.
"Ada masa timbul salah faham yang mengganggu perhubungan. Tetapi kami berjaya tangani cabaran itu dengan baik.
"Kami banyak berbincang dan saling berkomunikasi. Kini semuanya semakin baik dan positif. Dalam hal ini, keluarga turut membantu," katanya.
Aplikasi TheNoor yang dibangunkan Neelofa yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Noor Luminous Sdn Bhd merupakan hasil perkongsian tiga rakan kongsi yang dilengkapi pelbagai ciri khas seperti waktu solat, arah kiblat dan lokasi masjid berdekatan.
Aplikasi The Noor turut menawarkan fungsi tafsir al-Quran dalam lima bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil dan bahasa Indonesia.
Terjemahan dalam bahasa Melayu itu dilakukan sendiri oleh Neelofa.
"Niat saya, apabila meninggal dunia, terjemahan yang saya hasilkan itu dapat memberi manfaat kepada semua orang," katanya.
Neelofa beri penjelasan hubungan dengan PU Rizz
BACA: "Neelofa, PU Riz sedang harungi dugaan bertunang" - Sumber
BACA: Neelofa akui sukar untuk fahami apa sebenarnya berlaku
Topic Berkaitan
#Neelofa
#PU Riz
#Bertunang
#bakal umum tarikh kahwin
#pendakwah bebas
#usahawan
#Pergolakan
#TheNoor
#perkahwinan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan