'I tak patut keluar dengan suami orang' - Oktovia Manrose mohon maaf kontroversi Aliff Aziz

Gempak
Februari 28, 2019 00:19 MYT
Nama Oktovia menjadi panas selepas isteri Aliff memuat naik bukti yang mendakwa Aliff ke kelab malam bersamanya. - Astro GEMPAK
PELAKON baru, Oktovia Manrose tampil membuat permohonan maaf kepada Bella Astillah di ruangan Instastory berhubung kontroversi bersama suaminya, penyanyi, Aliff Aziz.
Kesal dengan kenyataannya sebelum ini, Oktovia mengakui kekhilafan itu datang daripada dirinya sendiri.
“Today was a big day for me. Hari bersejarah saya, tak pernah terfikir dan plan semua ni berlaku. Tapi it happen, saya sedar ini kekhilafan dari diri saya. Saya manusia biasa yang takkan lari dari buat silap.
To @bellaastillah I tak nak menegakkan benang yang basah. I nak minta maaf dengan apa yang dah berlaku. Dan apa yang dah berlaku memang sangat-sangat salah.
I admit it, I tak patut keluar dengan suami orang. I tak patut keluarkan statement apa-apa pun sebab dah terang-terang I yang salah,” tulisnya.
BACA: Oktovia Manrose Kata Keluar Sebagai Kawan
Mengaku akan kesalahannya, Oktovia menjelaskan dia mengeluarkan kenyataan tersebut kerana terkejut dengan kecaman netizen.
“Kenapa tadi I jawab macam tu is because I terkejut dengan all harsh words dari netizen sampai buat I melantun, it's really hurting me but I deserve it.
I shouldn’t say that. I tak patut masuk campur urusan you dengan husband you, I tak patut nak cerita fasal hal rumah tangga you.
“I hope that you and Aliff boleh settle dengan cara elok. Baik-baik bincang. I doakan terbaik untuk you dan keluarga. Amin. InshaAllah,” jelasnya.
Terdahulu, nama Oktovia menjadi panas selepas isteri Aliff, Bella Astillah memuat naik bukti yang mendakwa Aliff ke kelab malam bersamanya.
BACA: 'Sama-sama pergi club, menari-menari peluk & mabuk' - Bella tunjuk bukti
Selain Oktovia, Aliff sebelum ini pernah terkait dengan kontroversi bersama aktres Afifah Nasir pada Julai 2017.
BACA: Bella, saya minta maaf kerana beri Aliff pegang tangan - Afifah Nasir
Aliff mendirikan rumah tangga dengan Bella pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ayden Adrean.
BACA: Aliff Aziz kantoi buat hal lagi dengan pelakon baharu
BACA: 'Saya sedang berbincang dengan keluarga tentang hal ini' - Aliff
#Afifah Nasir #Aliff Aziz #Bella Astillah #isteri #kelab malam #kesal #Khilaf #kontroversi #Maaf #mabuk #Oktovia Manrose #pelakon #penyanyi #suami orang