KUALA LUMPUR: Stesen televisyen satelit negara, Astro tidak pernah jemu dalam menghidangkan kandungan-kandungan istimewa dan eksklusif kepada pelanggan-pelanggan setianya.
Selepas suku abad menemui penonton di Malaysia, Astro kekal menjadi pilihan penonton yang gemarkan khususnya drama-drama Melayu premium.
Sudah banyak siri kejayaan drama premium yang dicapai Astro terutama di bawah jenama Astro Originals, iaitu ‘Kampung Pisang Bersiri-Siri’ dan ‘Projek: Anchor SPM’.
Terbaharu, Astro akan meneruskan siri kecemerlangan itu menerusi drama terbaharu I-Tanggang yang mengisi slot Astro Originals.
Memahami bahawa setiap kandungan menepati sasaran penonton iaitu Keluarga Malaysia, justeru, kandungan terbaharu Astro kali ini berkait rapat dengan konflik kekeluargaan.
Jalan cerita I-Tanggang dijangka memberikan pemahaman baharu kepada penonton terhadap konflik yang selama ini tidak pernah didedahkan.
I-Tanggang yang akan mula bersiaran malam ini merupakan drama pertama di Malaysia yang mengetengahkan isu penderitaan mental Munchausen Syndrome by Proxy.
Menurut Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, Astro amat teruja dapat bekerjasama dengan produksi KL Motion Pictures dalam mempersembahkan I-Tanggang kepada penonton Malaysia.
“Drama premium I-Tanggang membawakan genre dan mood berbeza jika dibandingkan dengan drama-drama di bawah jenama Astro Originals sebelum ini.
“Malah, ia juga menawarkan jalan cerita berkualiti yang diinspirasikan daripada isu yang memang wujud di Malaysia dan sedikit sebanyak mampu mengajak masyarakat melihat definisi tekanan melalui perspektif institusi kekeluargaan, di samping turut memberi pendedahan tentang kesihatan mental sindrom Munchausen Syndrome by Proxy,” kata Raja Jastina.
Penerbitan I-Tanggang dibuat penuh teliti dan pihak produksi turut bekerjasama dengan pakar psikologi dari Universiti Malaya dalam berkongsi pengetahuan berkenaan masalah kesihatan mental.
Justeru, Raja Jastina berharap, I-Tanggang bukan sahaja mampu mengutuhkan lagi jenama Astro Originals sebagai hab kandungan drama premium tanah air yang digemari ramai, tetapi turut memberi nilai hiburan dan pengalaman berbeza disamping mencetus kesedaran atau “reality check” berhubung apa yang sedang berlaku di luar sana serta kesan kepada orang sekeliling.
Kisah kekeluargaan ini menyuntik pelbagai emosi melalui karakter yang dipersembahkan oleh barisan pelakon hebat tanah air seperti Sherie Merlis, Faizal Hussein, Danish Hazriq, Nadhir Nasar, Emma Sofia, Emelda Rosmila, Wan Raja, Zarina Zainuddin, Sofea Jane, Andy Teh, Rashidi Ishak, Rashid Salleh, Syed Nahar, Rosdeen Suboh dan Yuyun Hikmah.
Bagi penerbit, pengarah dan penulis skrip I-Tanggang, Wan Hasliza Wan Zainuddin, naskhah terbaharunya itu merupakan sebuah drama berat yang menekankan penderaan kepada seorang anak oleh seorang ibu selain memberi fokus pada konsep ‘derhaka’.
“Derhaka itu bukan datang dari satu sudut. Banyak perkara lain yang menyumbang kepada penderhakaan atau kekhianatan seseorang.
“Kami berharap apa yang kami sajikan melalui drama ini, ia bukan sekadar untuk hiburan semata tetapi apa yang kami ingin kongsikan kepada penonton dapat diterima dan boleh menjadi perbincangan di kalangan masyarakat,” kata Wan Hasliza.
I-Tanggang akan ditayangan bermula hari ini di Astro Citra (saluran 108) pukul 9 malam.
Saharudin Musthafa
Mon Sep 13 2021
I-Tanggang yang akan mula bersiaran malam ini merupakan drama pertama di Malaysia yang mengetengahkan isu penderitaan mental Munchausen Syndrome by Proxy.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
I-Tanggang teroka naratif baharu konflik keluarga
Jalan cerita I-Tanggang dijangka memberikan pemahaman baharu kepada penonton terhadap konflik yang selama ini tidak pernah didedahkan.