PENYANYI Khai Bahar berkongsi khabar duka tentang pemergian ibu tercinta, Rosnah Muhammad, 62.

Khabar sedih itu dikongsikan oleh Khai menerusi hantaran di ruangan Insta Story miliknya sebentar tadi.

Menerusi hantaran berkenaan, pengurusnya iaitu Jai memaklumkan ibu penyanyi itu meninggal dunia di Perlis.

“Salam semua, saya Pengurus (Jai), yang mewakili pihak Khai Bahar ingin memaklumkan bahawa Mak Ros (ibu Khai Bahar) telah meninggal dunia sebentar tadi di Perlis.

“Proses solat jenazah dan pengebumian akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Semoga roh arwah dicucuri rahmat (Al-Fatihah),” maklumnya.



Sebelum ini, Khai pernah berkongsi mengenai kesihatan ibunya yang semakin merosot akibat sakit buah pinggang.

Disebabkan itu, Khai lebih fokus untuk menjaga ibunya meskipun jadual kerja padat dan akan cuba sedaya upaya untuk pulang ke Perlis. - Gempak