awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu mertua hadiahkan anting-anting lebih RM300,000 buat Priyanka Chopra

Agensi
Agensi
03/12/2018
01:00 MYT
Ibu mertua hadiahkan anting-anting lebih RM300,000 buat Priyanka Chopra
Priyanka dan Nick disatukan dalam majlis gilang gemilang pada hujung minggu lalu. - Instagram @nickjonas
IBU kepada penyanyi Nick Jonas, Denise, menyambut kehadiran menantu perempuan keduanya, Priyanka Chopra, dengan menghadiahkannya sepasang anting-anting dari jenama mewah Perancis, Van Cleef & Arpels, yang berharga kira-kira AS$79,500 (RM332,665) lapor media antarabangsa.
Anting-anting daripada koleksi The Snowflake itu bertatahkan berlian berkualiti tinggi, memberikan 'impak suci, bersih dan berkilau,' menurut deksripsi di laman web Van Cleef & Arpels.
Dipilih sendiri oleh Denise, anting-anting 6.7-karat itu adalah daripada gabungan emas dan berlian - iaitu sejumlah 170 butir permata semuanya.
Berdasarkan laman web rasmi syarikat pengeluar barang kemas itu, rupa bentuk anting-anting berkenaan ada ditunjukkan seperti di dalam gambar berikut:
Rupa bentuk anting-anting daripada koleksi 'The Snowflake' Van Cleef and Arpels. - Sumber: www.vancleefarpels.com
Rupa bentuk anting-anting daripada koleksi 'The Snowflake' Van Cleef and Arpels. - Sumber: www.vancleefarpels.com
Terdahulu, majlis perkahwinan Jonas, 26, dan Priyanka, 36, dilangsungkan penuh gilang-gemilang di Istana Umaid Bhavan di Jodhpur, India, pada Sabtu.
Ikatan antara kedua-dua mempelai itu dilangsungkan mengikut tradisi Kristian dan disempurnakan oleh bapa Nick iaitu Paul Kevin Jonas. Pada Ahad pula, pasangan itu menjalani upacara mengikut tradisi Hindu.
Lokasi acara tersebut merupakan antara kediaman mewah terbesar dunia yang kini diuruskan oleh Taj Hotels. Bangunan bersejarah yang mempunyai 347 buah bilik itu mula dibina pada tahun 1928 dan dinamakan sempena nama Maharaja Umaid Singh.
BACA: Bunga api majlis kahwin Nick-Priyanka undang kontroversi, sindiran netizen
Topic Berkaitan
#anting-anting
#ibu mertua
#India
#Jodhpur
#Nick Jonas
#perkahwinan
#Priyanka Chopra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan