Penyatuan dua hati pasangan penyanyi Fuad Rahman dan Tom berlangsung dengan penuh romantis dan meriah pada 5 Mac lalu di Stadium Pasir Gudang, Johor.
Hampir 2,000 tetamu yang terdiri daripada keluarga, sanak-sanak saudara, rakan selebriti dan orang awam yang hadir memeriahkan majlis yang diadakan seawal 2 petang.
Gempak secara eksklusif dijemput menjadi saksi hari bahagia pasangan mempelai Fuad Rahman dan Tom yang berlangsung di Stadium Pasir Gudang, Johor Bahru.
Berkesempatan meluangkan masa bersama tetamu sepanjang majlis berlangsung, kami ingin kongsikan 10 corat coret yang berlaku di dalam kemeriahan majlis pasangan itu.
1. Perkahwinan bernilai RM1 juta ditaja sepenuhnya oleh pihak Star Vendors. Malah resepsi tersebut juga lain daripada lain apabila diadakan di acara Foodstival anjuran Star Vendors buat pertama kali.
2. Diraikan oleh 2,000 tetamu yang hadir. Sambil menyaksikan resepsi berlangsung penuh warna warni itu, tetamu juga berpeluang untuk membeli belah di 300 buah booth yang dibuka.
3. Pemilik jenama Star Vendors, Datuk Ifa Raziah menjadi ‘mak pengantin’ pada resepsi tersebut. Sibuk melayan tetamu yang datang untuk menjamu selera dengan hidangan nasi minyak.
4. Persandingan bertambah meriah dengan persembahan daripada penyanyi lagenda Ameng dari kumpulan Spring. Ameng belanja pengantin dan penonton sebanyak dua buah lagu.
5. Pasangan mempelai turut tidak melepaskan peluang untuk payung suara mereka yang padu dengan menyampaikan dua buah lagu secara duet iaitu lagu Kehebatan Cinta dan Dipenjara Janji.
BACA: Perkahwinan: "Tom adalah tulang rusuk saya yang selama ini hilang" - Fuad Rahman
6. Pengapit kepada pengantin perempuan bukan biasa-biasa, apabila pelakon jelita Nadia Brian menjadi pengapit dan berada di sisi Tom sepanjang resepsi berlangsung.
7. Dua orang jejaka tampan yang membawa bunga manggar sebenarnya pempengaruh media sosial yang juga pasangan kembar adik beradik iaitu Imnarul Effendy dan Izkandar Effendy.
8. Menceriakan acara persandingan apabila pelawak Yassin Yahya dari kumpulan Senario membuka langkah silatnya. Namun pertunjukan silat tersebut bertukar menjadi momen lucu apabila Yassin memasukkan elemen kelakar seperti step kejung badan.
9. Sebelum pasangan dibawa ke pentas utama untuk duduk di atas pelamin yang indah, mereka terdahulu telah dibawa berarak sepanjang booth di acara Foodstival sepanjang 150 meter sambil diiringi paluan kompang.
10. Selain kek perkahwinan setinggi lima tingkat, ada juga kek yang dihasilkan daripada pulut kuning yang dihiasi dengan telur puyuh dan serunding. Bertambah sweet apabila pasangan mempelai saling suap menyuap kek pulut kuning tersebut.
Artikel asal disiarkan di Gempak.com
Gempak
Wed Mar 08 2023

Hampir 2,000 tetamu yang terdiri daripada keluarga, sanak-sanak saudara, rakan selebriti dan orang awam yang hadir memeriahkan majlis yang diadakan seawal 2 petang. - Foto Gempak

Eain Yow, Rachel naib juara di Washington
Nasib tidak menyebelahi pemain skuasy lelaki negara Ng Eain Yow apabila tewas pada aksi final Squash on Fire Open 2025 di Washington.

Titah Adendum: Peguam Negara dibenar merayu keputusan Mahkamah Rayuan
Mahkamah berpuas hati persoalan undang-undang yang dikemukakan dengan menyentuh isu kepentingan awam.
AWANI Pagi: World OSH Day: Revolusi keselamatan dan kesihatan pekerjaan melalui AI dan pendigitalan
Sempena sambutan World OSH Day, AWANI Pagi membawakan diskusi mengenai revolusi dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan, menerusi adaptasi teknologi kecerdasan buatan (AI) dan pendigitalan. Perbincangan bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan dari Safety Management Academy, akan mengupas bagaimana inovasi ini mengubah pendekatan pengurusan risiko di tempat kerja dan meningkatkan kesejahteraan pekerja secara keseluruhan.

The Reds kembali memuncak: Liverpool rampas kejuaraan Liga Perdana ke-20!
Gelaran ini menjadikan Liverpool setaraf dengan Manchester United dari segi jumlah kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Strategi Malaysia mengatasi kesan tarif AS terhadap ekonomi
Kerajaan perlu mengambil langkah segera untuk mengurangkan kesan ini dan memastikan kelangsungan pertumbuhan ekonomi negara.

Kilang proses ayam di Kulim diarah tutup
Tindakan itu diambil selepas pemeriksaan mendapati, premis berkenaan mengalirkan air sisa buangan tanpa rawatan.

Presiden Maldives diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Presiden Maldives Dr Mohamed Muizzu diberikan sambutan rasmi di Bangunan Perdana Putra.
AWANI Ringkas: Tarif Trump: Sidang khas 5 Mei ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia bakal menjadi tempat lambakan kereta EV China?
Kemasukan kereta EV dari China seperti BYD, Chery, Xpeng, dan GAC bukan sekadar memperkenalkan teknologi baru, tetapi turut mengubah struktur ekonomi Malaysia, pasaran saham, sektor perbankan dan rantaian pembekalan tempatan. Mohd Sedek Jantan dari UOB Kay Hian Wealth Advisors mengupas peluang, cabaran, dan masa depan Malaysia sebagai hab EV ASEAN.
Niaga hadapan MSM dijangka tinggi minggu ini, dalam julat RM4,050 hingga RM4,250 satu tan.
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) dijangka tinggi minggu ini, dipacu oleh diskaun harga berbanding minyak kacang soya. Peniaga David Ng menjangkakan harga MSM berada dalam julat RM4,050 hingga RM4,250 satu tan. Peniaga Jim Teh dari Interband Group of Companies menjangkakan pasaran yang lebih kukuh dengan harga antara RM3,800 hingga RM3,900 satu tan. Permintaan utama dijangka datang dari India, China, dan Timur Tengah. Stok MSM tempatan masih banyak dengan pengeluaran yang lebih baik pada April.

Tingkat kualiti internet di kawasan pelancongan Sabah - Fahmi
MCMC serta syarikat telekomunikasi diminta meneliti serta merangka penyelesaian segera bagi peningkatan kualiti internet di kawasan pelancongan di Sabah.

Guru rugi hampir RM10,000 ditipu sindiket pembelian dalam talian
Seorang guru bukan sahaja kempunan merasa keenakan mangga harumanis, malah berputih mata selepas wang simpanan sebanyak RM9,998.52 lesap ditipu sindiket pembelian dalam talian yang tidak wujud.

Undang-undang tangani fitnah AI perlu digubal - Yang Dipertua Dewan Rakyat
Johari Abdul mencadangkan agar Malaysia meneliti kemungkinan untuk menggubal undang-undang baharu, bagi menangani penyebaran fitnah menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Meta guna AI untuk kesan remaja bohong usia sebenar
Di Meta, mereka cuba membanteras isu pengguna bawah umur yang berbohong mengenai usia sebenar menggunakan kecerdasan buatan (AI).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 21 April 2025.

Pembinaan RTB Sungai Pinang dijangka siap suku ketiga 2027 - Chow
Pembinaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Pinang di sini dijangka dapat disiapkan pada suku ketiga 2027.

JBPM siasat dua anggota buat komen jelik di media sosial
Nor Hisham berkata siasatan itu dimulakan susulan beberapa aduan diterima berhubung kenyataan yang dibuat oleh anggota terlibat.

Pemimpin pelapis perlu bijak tangani masyarakat tanpa protokol
Pemimpin pelapis perlu bijak dan berintegriti dalam menangani kewujudan masyarakat tanpa protokol atau non-protocol society, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Wanita hilang RM600,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang penjawat awam wanita menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud membabitkan kerugian lebih RM600,000.

Insiden kekerasan peniaga, penguat kuasa MBI selesai cara aman - Exco
Insiden kekerasan melibatkan seorang peniaga dan anggota penguat kuasa MBI di Taman Rasi Jaya, Menglembu, Rabu lepas, yang tular menerusi media sosial telah diselesaikan secara aman.