awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Ini adalah momen epik!' - Jaket, 'mic stand' Amy Search dipamerkan di Hard Rock Cafe

Gempak
Gempak
01/10/2019
04:03 MYT
'Ini adalah momen epik!' - Jaket, 'mic stand' Amy Search dipamerkan di Hard Rock Cafe
Amy turut berbangga dengan penghargaan tersebut kerana ia bertaraf antarabangsa dan tertinggi dalam kariernya.
PENYANYI rock Amy Search berbangga apabila impiannya untuk melihat namanya di dinding Hard Rock Café (HRC) tercapai.
Jenama café dan hotel popular itu telah mengabadikan jaket dan ‘mic stand’ miliknya sebagai barang pameran di Hard Rock Hotel, Desaru Resort, Johor.
Difahamkan jaket dan mic stand itu telah digunakan ketika Konsert Jelajah Fenomena 30 Tahun Search pada 2011.
“Alhamdulillah selepas 38 tahun, ini adalah sebuah moment epik. Saat yang ku idamkan. Waktu pertama kali kujungi HRC melihat memorabilia artis-artis di dinding berangan dalam hati memorabilia aku turut berada di dinding itu.
“Terima kasih Hard Rock Desaru Coast, Johor kerana mengabadikan salah satu koleksi costume & nuckle head mic stand kenangan yang indah sewaktu konsert Jelajah Fenomena 30thn Search 2011. Ia menjadi ikonik rock roll trademark Hard Rock Hotel Desaru Coast Johor,” tulisnya.
Amy berkongsi berita gembira tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia turut memuat naik foto jaket dan mic stand tersebut.
Tambah Amy lagi dia turut berbangga dengan penghargaan tersebut kerana ia bertaraf antarabangsa dan tertinggi dalam kariernya.
“Apa yang membanggakan aku, aku memperoleh sebuah penghargaan bertaraf internasional dan tertinggi dalam karier aku.
“Walaupun penghargaan ini bukan dari negeri Johor, kebetulan aku budak Johor, dan penghargaan ini diberi di negeri kelahiranku!
“Exclusive hanya di Hard Rock Desaru Coast Hotel Johor, tidak di tempat lain. Dan ini peninggalan aku untuk generasi Rock n Roll seterusnya. Long live rock n roll,” katanya lagi.
View this post on Instagram
Alhamdulillah selepas 38tahun ... Ini ada lah sebuah moment epik. Saat yg ku idamkan. Waktu pertama kali kujungi HRC melihat memorabilia artis2 di dinding berangan dalam hati memorabilia aku turut berada di dinding itu. Terima kasih Hard Rock Desaru Coast, Johor kerna mengabadikan salah satu koleksi costume & nuckle head mic stand kenangan yg indah sewaktu konsert Jelajah FENOMENA 30thn SEARCH 2011. Ia menjadi ikonik rock roll trademark Hard Rock Hotel Desaru Coast Johor. Apa yang membanggakan aku, aku memperoleh sebuah penghargaan bertaraf internasional dan tertinggi dalam karier aku. Walaupun penghargaan ini bukan dari negeri Johor, kebetulan aku budak Johor, dan penghargaan ini diberi di negeri kelahiranku! Exclusive hanya di Hard Rock Desaru Coast Hotel Johor, tidak di tempat lain. Dan ini peninggalan aku untuk generasi Rock n Roll seterusnya. Long live rock n roll . . big thanks to @hrhdesarucoast for ths lovely moment !.. . #amysearch #phewiiit #hrhdesarucoast #liveinjohor #bdkjohor #bdkbakobatu
A post shared by Suhaimi A Rahman (@aku.amysearch) on
Sep 29, 2019 at 8:22pm PDT
Topic Berkaitan
#Amy Search
#Desaru Resort
#Hard Rock Caf
#HRC
#penyanyi rock
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan