ENTERTAINMENT
Ini senarai filem wajib tonton 2019!

Terdapat banyak filem yang ditunggu-tunggu akan ditayangkan pada tahun ini.
ASINGKAN duit anda siap-siap setiap bulan kerana tahun 2019 adalah tahun yang baik untuk berkunjung ke pawagam dan menonton filem yang bakal 'pecah panggung' tahun ini.
Terdapat banyak filem yang ditunggu-tunggu akan ditayangkan pada tahun ini -- dari filem adiwira ‘Captain Marvel’ hinggalah ke sequel filem seram ‘IT: Chapter Two’.
Tidak lupa juga filem ‘Joker’ dan juga filem yang paling dinantikan ramai iaitu filem ‘Avengers: Endgame’!
Apa-apa pun, berikut adalah lima filem hebat yang wajib ditonton pada 2019 ini:
#1 Glass
Filem ini bakal menjadi pertembungan tiga pelakon hebat Hollywood iaitu Bruce Willis, Samuel L. Jackson, dan James McAvoy. Tayangannya dijadualkan pada 18 Januari nanti.
#2 Alita: Battle Angel
Filem aksi/sci-fi ini bakal menampilkan Rosa Salazar (Maze Runner: The Death Cure) sebagai seorang cyborg yang mempunyai kisah silam yang misteri. Filem ini dijadualkan berada di pawagam pada 5 Febuari 2019.
#3 Captain Marvel
Filem ini pasti menjadi tumpuan bagi peminat filem adiwira dan juga Marvel kerana ia bakal menampilkan pemenang Oscar, Brie Larson sebagai Captain Marvel yang dikatakan mampu untuk mengalahkan Thanos.
Pasti anda ingat akan Thanos bukan? Filem ini bakal memperkenalkan siapakah Captain Marvel dan bagaimana ia berkait dengan filem ‘Avengers: Endgame’ masih lagi menjadi misteri. ‘Captain Marvel’ akan tiba di pawagam pada 8 Mac 2019.
#4 Avengers: Endgame
Kita akan dapat saksikan bagaimana adiwira-adiwira kesayangan kita bangkit daripada kesan petikan jari maut Thanos ‘si Titan ungu’ yang mengorbankan hampir separuh penduduk alam semesta.
Adiwira kita bakal bergabung di pawagam pada 26 April 2019. Avengers berkumpul!
#5 Godzilla: King of Monsters
Kali ini, ia akan memaparkan raksasa Mothra, Rodan dan King Ghidorah. Mampukah Godzilla mengalahkan mereka semua? Filem yang diarahkan oleh Michael Dougherty ini bakal menggegarkan pawagam pada Mei 2019.
Okey, itu dia bahagian pertama filem wajib tonton 2019. Nantikan bahagian kedua pula. Apakah filem-filem yang bakal ditampilkan? Kita tunggu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami