Tirai program realiti popular Akademi Fantasia (AF2015) akan bermula tidak lama lagi dan seramai 16 orang bakal pelajar AF telah dipilih menerusi ujibakat yang dijalankan di lokasi tertentu.

Pihak produksi Astro telah menyenarai pendek barisan peserta yang benar-benar berpotensi dan menonjol untuk menyertai #AF2015.

Kesemua mereka bukan sekadar mampu melontarkan vokal yang baik tetapi memiliki identiti, karakter dan aura sebagai seorang penyanyi dan penghibur.

Seramai lapan orang pelajar lelaki dan lapan orang pelajar wanita telah berjaya memikat hati para juri sewaktu sesi ujibakat berlangsung.

Lapan orang peserta lelaki tersebut ialah Shahrul (19, Negeri Sembilan), Iqwan (20, Perak), Syamel (22, KL), Openg (23, Sabah), Faroq (23, Melaka), Sufi (24, Singapura), Syahid (27, Melaka) dan Wili (28, Sabah).

Manakala lapan peserta wanita ialah Bila (19, KL), Ziqa (19, Johor), Arisa (21, Selangor), Aziah (21, Sabah), Ifa (21, Kedah), Lisa (22, Sarawak), Rachel (23, Pahang) dan Dalila (23, Singapura).

*Atas dari kiri: Sufi, Iqwan, Openg & Wili*

*Bawah dari kiri: Shahid, Syamel, Shahrul & Faroq*

*Atas dari kiri: Bila, Aziah, Ziqa & Arisa*

*Bawah dari kiri: Lisa, Ifa, Rachel & Dalila*

Nasib 16 bakal pelajar ini akan ditentukan sewaktu konsert penentuan di minggu pertama nanti.

Mereka bakal membuat persembahan secara langsung dan pemilihan dibuat berdasarkan 100% keputusan pengetua dan barisan tenaga pengajar #AF2015.

Jumlah pelajar yang bakal meneruskan perjuangan dalam #AF2015 hanya terjawab pada malam Konsert Penentuan tersebut.

Program pengenalan Tirai AF2015 akan ke udara selama dua episod bermula 1 & 2 Ogos 2015, jam 9.00 malam.

Diari AF2015 pula akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 9.00 malam bermula pada 3 Ogos ini.

Manakala Konsert Mingguan F2015 akan bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap Ahad, jam 9.00 malam mulai 9 Ogos depan.

AF2015 akan bersiaran secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).