awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Insya-Allah bersalin Oktober' - Nad Zainal hamil anak ketiga

Media Hiburan
Media Hiburan
23/08/2023
08:40 MYT
'Insya-Allah bersalin Oktober' - Nad Zainal hamil anak ketiga
Nad berkata dia kini lebih terbuka untuk berkongsi mengenai berita gembira itu susulan baby bump yang sudah jelas kelihatan. -Media Hiburan
PELAKON Nad Zainal mengakui dia kini sedang hamil anak ketiga dan dijangka bersalin pertengahan Oktober ini.
Nad Zainal atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 33, berkata dia kini lebih terbuka untuk berkongsi mengenai berita gembira itu susulan ‘baby bump’ yang sudah jelas kelihatan.
“Beginilah keadaannya (berbadan dua), insya-Allah bersalin pada Oktober nanti.
"Alhamdulillah fasa hamil kali ini tenang-tenang sahaja, cuma sekarang musim panas.
“Demam dan batuk itu biasalah, tapi tidak mengapa. Insya-Allah saya okay memandangkan ini kehamilan yang ketiga.
“Saya baru sahaja selesai penggambaran untuk sebuah projek bersama Erma Fatima. Saya pegang watak wanita mengandung.
“Malah suami pun seloroh, dah tak boleh nak sorok (kehamilan) ini. Kalau ada yang tahu, tahulah. Cuma kalau nak buat pengumuman tidaklah,” katanya.
Nad berkata demikian ketika ditemui di debut koleksi penata gaya popular, Abu Shaef bersempena Kuala Lumpur Fashion Week 2023 (KLFW2023) di Park Royal Collection, pada Selasa.
Ditanya mengenai ‘ragam’ kehamilannya kali ini, pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu kerap mengidam nasi kandar.
“Saya boleh nikmati hidangan nasi kandar pada waktu tengah hari atau malam. Cumanya saya kena kawal diet selepas dinasihati doktor susulan badan cepat sangat naik,” katanya lagi.
Terdahulu, Nad Zainal memaklumkan dia sudah pun mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ungku Ismail pada 23 Januari lalu.
Nad sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015 sebelum bercerai pada September tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, Nad dan Faliq dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 7, dan Budi Kalsom yang kini berusia lebih dua tahun.. -Media Hiburan
Topic Berkaitan
#Nad Zainal
#baby bump
#anak ketiga
#craving nasi kandar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan