awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Intan Ladyana, Harris Alif positif COVID-19, dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh

Gempak
Gempak
23/12/2021
05:24 MYT
Intan Ladyana, Harris Alif positif COVID-19, dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh
Intan telah membuat hantaran di ruangan IG Story ketika berada di dalam ambulans kira-kira pukul 11 malam, Rabu. - Foto Astro GEMPAK
PELAKON Intan Ladyana dan suami, Harris Alif dilaporkan telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh selepas mereka disahkan positif COVID-19.
Menerusi perkongsian di laman sosial Instagram (IG) Melodi, rata-rata peminat meluahkan kebimbangan mereka kepada Intan Ladyana yang dilaporkan sedang hamil anak sulung.
Mereka turut mendoakan agar Intan dan Harris diberikan kesembuhan dan kembali pulih.
Tinjauan Gempak di laman sosial IG Intan dan Harris mendapati, kedua-dua mereka belum memuat naik sebarang kemas kini atau maklumat mengenai perkara tersebut.
IG Story
Tangkapan layar dari IG Story Intan Ladyana, dipercayai ketika dia berada di dalam ambulan untuk ke Hospital Sungai Buloh. - Foto IG Intan Ladyana
Bagaimanapun, Intan telah membuat hantaran di ruangan IG Story ketika berada di dalam ambulans kira-kira pukul 11 malam, Rabu.
Sementara itu, Gempak cuba mendapatkan Intan dan Harris untuk mengetahui perkembangan terkini mereka, namun pasangan suami isteri terbabit gagal dihubungi.
Apa pun, Gempak mendoakan semoga Intan dan Harris tidak mengalami gejala serius dan dipermudahkan segala urusan.
Artikel asal diterbitkan di portal Astro Gempak.
Topic Berkaitan
#positif COVID-19
#Intan Ladyana
#Suami Intan Ladyana
#Hospital Sungai Buloh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan