awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
KPT pantau pelajar Malaysia di Iran
MALAYSIA
Kementerian Pertahanan sedia bantu bawa pulang rakyat Malaysia dari Iran
BISNES
Fitch kekalkan prospek 'neutral' ke atas sektor perbankan Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HIBURAN

Isteri Fikry Ibrahim fail cerai selepas empat bulan berkahwin

Astro Awani
Astro Awani
19/06/2025
04:20 MYT
Isteri Fikry Ibrahim fail cerai selepas empat bulan berkahwin
Rumah tangga Fikry Ibrahim dan Siti Khalizah Alihan dilaporkan bergolak selepas Khalizah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Mei lalu. -Foto Gempak
KUALA LUMPUR: Rumah tangga pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim, 31, dilaporkan berdepan kemelut apabila isterinya, Siti Khalizah Alihan, 37, memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini.

Ringkasan AI
  • Rumah tangga Fikry Ibrahim dan Siti Khalizah Alihan dilaporkan bergolak selepas Khalizah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Mei lalu, dengan sebutan pertama kes berlangsung pada 19 Jun 2025.
  • Punca perceraian adalah tiada kesefahaman antara pasangan, dan mahkamah menetapkan 10 September 2025 sebagai tarikh baharu untuk perbincangan damai, namun Fikry menyatakan tidak mengetahui tentang tindakan isterinya.
  • Pasangan ini berkahwin secara tertutup pada 12 Februari 2025 di Jitra, Kedah, dan ini merupakan perkahwinan kedua bagi Khalizah.

Menurut laporan Gempak, permohonan tersebut difailkan sekitar Mei lalu dan sebutan pertama kes berlangsung hari ini.
Siti Khalizah hadir ke mahkamah sekitar pukul 9.40 pagi, berpakaian serba hitam dan ditemani peguam syarie, Wan Muhammad Afiq Mohd Razib.
Fikry bagaimanapun tidak hadir ketika prosiding berlangsung.
Peguam syarie mewakili Khalizah memaklumkan kepada media bahawa alasan permohonan cerai adalah disebabkan tiada persefahaman antara pasangan itu.
Mahkamah menetapkan 10 Sept depan sebagai tarikh sebutan baharu bagi memberi ruang kepada kedua-dua pihak berbincang dan berusaha mencapai kata sepakat.
Khalizah bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditemui media selepas prosiding.
“Minta maaf, saya tak boleh berikan apa-apa komen sekarang.”
Sementara itu, Fikry ketika dihubungi Gempak memaklumkan bahawa beliau tidak mengetahui mengenai permohonan cerai itu.
“Saya tak tahu, isteri saya okay saja dengan saya. Saya memang tak tahu apa,” katanya ringkas.
Pasangan tersebut bernikah secara tertutup di Jitra, Kedah pada 12 Feb lepas, dan perkahwinan itu hanya diketahui umum selepas beberapa foto majlis pernikahan tular di media sosial.
Ini merupakan perkahwinan kedua buat Siti Khalizah.
Topic Berkaitan
#rumah tangga bergolak
#Fikry Ibrahim
#Siti Khalizah Alihan
#permohonan cerai
#Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami