awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BISNES
Tengku Zafrul bincang kerjasama ekonomi dengan pemimpin Singapura, Indonesia
MALAYSIA
Tingkat aspek penguatkuasaan, pendakwaan kes penipuan pakej haji, umrah - Mohd Na'im
MALAYSIA
Siasatan lanjut insiden letupan di Ipoh diserah kepada polis - Saarani
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HIBURAN

Isu herpes mulut, Kieda dedah luka makin sembuh, kedai tak diarah tutup

Sinar Harian
Sinar Harian
27/06/2025
02:40 MYT
Sponsor Banner
Isu herpes mulut, Kieda dedah luka makin sembuh, kedai tak diarah tutup
- Foto Sinar Harian
ISU berkaitan penyakit kelamin herpes, pempengaruh Kieda mendedahkan telah berhubung dengan pihak berkuasa.

Ringkasan AI
  • Kieda Beri Kerjasama kepada KKM - Pempengaruh Kieda telah menghadiri sesi bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung isu jangkitan herpes dan memaklumkan premisnya tidak diarahkan tutup atau disanitasi secara wajib.
  • Premis Disahkan Selamat & Langkah Pencegahan Diambil - Premis Kieda Crepe House disahkan selamat oleh KKM selepas pemeriksaan, dan telah menjalani proses sanitasi menyeluruh sebagai langkah tambahan menjaga kebersihan dan keselamatan.
  • Kieda Mohon Maaf dan Berehat dari Media Sosial - Kieda memohon maaf atas kenyataan sensitif berkaitan kesihatan, mengakui kekhilafan dan mengambil keputusan untuk berehat seketika dari media sosial sambil menyerahkan pengurusan kedai kepada pasukannya.

Menerusi hantaran di Facebook, pemilik nama Khalieda Yusra itu memaklumkan perjumpaan dengan pihak pejabat kesihatan daerah berlangsung dengan baik
"Masya-ALLAH tabarakkallah. Alhamdulillah, selesai perjumpaan Kieda dengan Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Wisma Persekutuan.
"Kieda hadir memberi kerjasama untuk pihak KKM menjawab isu aduan yang telah diterima mereka dan Alhamdulillah semuanya lancar," kongsinya.
Usahawan pemanis mulut itu juga menitipkan bersyukur KKM tidak mengeluarkan sebarang arahan untuk premis Kieda ditutup atau disanitasi.
"Tiada yang serius, pihak KKM tiada mengeluarkan arahan untuk menutup premis dan pihak mereka tiada mengeluarkan untuk sanitasi kedai.
"Tapi semua itu saya lakukan sebagai langkah pencegahan dan memastikan kebersihan kedai terjaga," kongsinya.
Dalam pada itu, Kieda juga berkongsi keadaan dirinya dan memaklumkan lepuhan dialami semakin baik.
"Insya-ALLAH luka kecil ulser saya sudah sihat sepenuhnya.
"Namun saya memang tidak masuk ke kedai lagi kerana sibuk dengan kerja luar dan persiapan untuk menyertai acara di Temerloh Sabtu ini.
"Semoga yang datang sentiasa baik-baik dan dalam jagaan ALLAH. Salam Awal Muharam," titipnya.
Menerusi hantaran lain, Kieda turut menzahirkan permohonan maaf dan akan berehat dari media sosial buat sementara waktu.
"Saya minta maaf kalau perkongsian saya baru- baru ni buat ramai rasa tak selesa, terutama apabila melibatkan isu kesihatan dan makanan.
"Saya akui cara penyampaian itu tidak sesuai dan boleh menimbulkan salah faham. Saya tidak berniat untuk menjatuhkan sesiapa, apatah lagi main-main dengan isu sensitif.
"Saya ambil serius feedback ini dan ambil masa untuk refleksi serta rehat sekejap dari media sosial. Buat masa sekarang, urusan kedai akan dikendalikan sepenuhnya oleh team saya untuk memastikan semua aspek kebersihan dan kualiti dijaga.
"Terima kasih yang masih mendoakan serta menasihati dengan baik. Saya dengar, saya terima dan saya akan baiki," tulis Kieda.
Kieda dalam pada itu mengakui kekhilafan diri dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.
"Saya dengan rendah diri mengaku khilaf saya dan memohon maaf atas apa yang terjadi.
"Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam bergurau dan memuat naik sebarang konten di media sosial," kongsinya.
Dalam perkembangan terbaharu, pihak pengurusan Kieda Crepe House turut tampil memberikan kenyataan rasmi memaklumkan premis milik pempengaruh itu selamat.
"Merujuk kepada isu yang telah tular baru-baru ini, kami ingin memberikan penjelasan rasmi kepada semua pelanggan yang dihargai.
"Salah seorang pemilik premis kami telah disahkan mengalami jangkitan Herpes Simplex Type 1, namun beliau telah sembuh sepenuhnya dan telah mendapatkan rawatan perubatan yang sewajarnya.
"Kami juga ingin memaklumkan bahawa tiada kakitangan kami yang dijangkiti dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjalankan pemeriksaan selepas menerima aduan, dan mengisytiharkan bahawa premis kami selamat serta mematuhi piawaian kesihatan.
"Sanitasi menyeluruh telah dijalankan mengikut garis panduan KKM untuk memastikan kebersihan dan keselamatan maksimum.
"Kami amat menitikberatkan aspek kesihatan dan kebersihan dalam operasi harian dan akan terus meningkatkan langkah-langkah pencegahan demi keselamatan pelanggan dan staf," katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, Kieda menimbulkan kontroversi susulan membuat pengakuan berani mengenai masalah kesihatan yang dihadapinya.
Beliau berseloroh jangkitan herpes mulut (Herpes Simplex Virus Type 1) adalah berpunca daripada suaminya dan mengaitkan dengan 'telur masam.'
Kieda kemudian mendedahkan pihak jabatan kesihatan tersebut bertindak menghubunginya selepas pihak berkenaan menerima aduan daripada orang ramai.
Sumber: Kieda Crepe
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#jangkitan
#usahawan
#herpes
#Kieda Crepe
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami