Filem Munafik meraih lima anugerah termasuk anugerah utama Filem Terbaik Nasional di Festival Filem Malaysia ke 28 malam tadi.
Pengarah filem tersebut, Syamsul Yusof turut meraih trofi Pengarah Terbaik dan Penyunting Terbaik.
'Jagat', filem di dalam Bahasa Tamil membawa pulang trofi Filem Terbaik Malaysia. Pengarahnya, Shanjey Kumar Perumal dinamakan Pengarah Baharu Terbaik.
Pelakon filem Mat Moto, Pekin Ibrahim memenangi trofi Pelakon Lelaki Terbaik, manakala pelakon Nabila Huda dari filem Munafik memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik.
Pengarah prolifik era 80an, Deddy M. Borhan menerima Anugerah Sepanjang Zaman atas sumbangan beliau kepada dunia filem tempatan dengan penerbitan filem-filem seperti Keluarga Si Comat, Azura dan Hapuslah Airmata Mu.
FFM28 dilanda kontroversi berikutan pemecahan kategori filem berdasarkan bahasa sehingga melibatkan campurtangan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Kontroversi itu menyebabkan kewujudan dua kategori baru iaitu kategori Anugerah Filem Terbaik Nasional FFM28 yang merupakan anugerah utama kebangsaan kepada filem terbaik yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pertuturan filem selaras dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dalam Perlembagaan Malaysia.
Manakala kategori Anugerah Filem Terbaik Malaysia FFM28 adalah anugerah terbaik festival kepada filem yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia dengan menggunakan sebarang bahasa yang dituturkan oleh rakyat Malaysia sebagai bahasa pertuturan filem.
Persembahan malam tersebut turut dimeriahkan dengan lagu-lagu dari filem-filem ikonik Malaysia yang dipersembahkan oleh Man Bai, Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Aizat, Tomok dan Azlan Typewriter.
Festival Filem Malaysia ke 28 berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Senarai Pemenang di Malam Kemuncak Festival Filem Malaysia 28
Filem Terbaik Nasional FFM28: Munafik
Filem Terbaik Malaysia FFM28: Jagat
Pengarah Terbaik: Syamsul Yusof (Munafik)
Lakonlayar Terbaik: Bea Tanaka (Nota)
Pelakon Lelaki Terbaik: Pekin Ibrahim (Mat Moto - Kami Mat Moto bukan Mat Rempit)
Pelakon Wanita Terbaik: Nabila Huda (Munafik)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Hushairi Husain (Polis Evo)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Fauziah Dato' Ahmad Daud (Langit Cinta)
Pengarah Baharu Terbaik: Shanjey Kumar Perumal (Jagat)
Pelakon Baharu Lelaki Terbaik: Adam Shahz (Juvana 2)
Pelakon Baharu Wanita Terbaik: Falisha Crosley (Mat Moto Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit)
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Tan Qin Lin (The Kid From The Big Apple)
Cerita Asal Terbaik: Pekin Ibrahim (Mat Moto - Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit)
Sinematografi Terbaik: Harris Hue Abdullah (Polis Evo)
Penyunting Terbaik: Syamsul Yusof (Munafik)
Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman: Deddy M. Borhan
Anugerah Khas Juri
Mengangkat nilai perpaduan dan kekeluargaan menerusi semangat kesukanan - Ola Bola
Mengangkat nilai produksi dan nilai komersial yang tinggi - Polis Evo
Mentransformasikan nilai budaya dan merapatkan jurang generasi - The Kid From The Big Apple
Senarai Pemenang di Malam Pembukaan Festival Filem Malaysia 28
1. Kesan Visual Khas Terbaik: Yusry Abd Halim untuk Cicakman 3
2. Pereka Kostum / Busana Terbaik : Elaine Ng, Weng Shum untuk Ola Bola
3. Penataan Seni Terbaik: Wong Jee Meng dan Nick Wong untuk Huat the Fish
4. Penataan Bunyi Terbaik: Imaginex Studios untuk Munafik
5. Skor Muzik Asal – Ong San & Alex San untuk Ola Bola
6. Lagu Tema Asal Terbaik: Zee Avi, Rendra Zawawi - Arena Cahaya utk Ola Bola
7. Filem Animasi Pendek Terbaik: Wau Animation untuk Ejen Ali
8. Filem Pendek Terbaik: Entrophy Studios Sdn Bhd untuk RM10
9. Anugerah Penggiat Belakang Tabir – Encik Mohd Noor Tagaya
10. Filem Dokumentari Terbaik: Dos Fellas Sdn Bhd untuk Boat People
Astro Awani
Sat Sep 03 2016
Jagat dinobat Filem Terbaik Malaysia di Festival Filem Malaysia 28 - Foto Twitter FFM
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Jagat dinobat Filem Terbaik, Munafik Filem Terbaik Nasional di FFM28
Filem Munafik meraih anugerah utama Filem Terbaik Nasional di Festival Filem Malaysia ke 28 malam tadi. Filem Terbaik Malaysia dimenangi oleh filem Jagat.
FFM28: Salleh Said adakan pertemuan dengan penggiat industri filem esok
Satu perjumpaan melibatkan persatuan industri seni bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia akan diadakan esok berhubung penganjuran Festival Filem Malaysia (FFM) ke-28.
Isu FFM28: Rahman Dahlan minta FINAS, PFM perhalusi keputusan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata Pembahagian kategori utama mengikut bahasa akan membunuh industri perfileman.
FFM28: Boikot bermula? Calon Sinematografi Terbaik tarik diri
Mohd Noor Kassim tercalon untuk anugerah Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28) dalam kategori Sinematografi Terbaik.
[UNDIAN] FFM28: Perlukah pembikin filem diasingkan berdasarkan bahasa?
Adakah dua kategori baharu dalam Festival Filem Malaysia ke-28 merupakan satu perkembangan yang positif kepada industri filem tempatan?
Festival Filem Malaysia ke-28 perkenal dua kategori baharu
Dua kategori baharu diumumkan bagi persaingan trofi kali ini iaitu 'Pengarah Filem Bukan Dalam Bahasa Malaysia Terbaik' dan 'Lakon Layar Filem Bukan Bahasa Malaysia Terbaik'.