awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

James Cameron didakwa ciplak skrip Avatar

Astro Awani
Astro Awani
25/01/2013
09:15 MYT
James Cameron didakwa ciplak skrip Avatar
Hakim Mahkamah Tinggi Los Angeles telah memerintah James Cameron untuk menyerahkan draf skrip filem Avatar.
Ini bagi memudahkan siasatan bagi kes yang dikemukakan Eric Ryder yang mendakwa dirinya sebagai penulis asal.
Ryder menuntut pampasan daripada Cameron dan syarikat produksi filem itu Lightstorm Entertainment.
Dia mendakwa filem terbitan 2009 itu diambil daripada idea asal skrip tulisannya yang berjudul "KRZ 2068".
Menfailkan tuntutan pada Disember 2011, Ryder menyatakan dia mengambil masa dua tahun untuk menghasilkan skrip itu.
Pada Rabu lalu, hakim Alan Rosenfield telah mengarahkan peguam Cameron untuk menyerahkan draf skrip sebagai semakan.
Peguam Ryder, K. Andrew menyatakan pihaknya juga dibenarkan untuk mengakses pita salinan filem daripada komputer Cameron yang digunakan sepanjang penggambaran.
Avatar mengisahkan bekas anggota tentara laut yang menghidap penyakit paraplegic diuji kesetiaannya apabila dihantar ke dunia asing untuk meninjau potensi kawasan itu bagi tujuan perlombongan.
Menjadi filem terlaris sepanjang zaman Avatar telah mengutip lebih 2.9 bilion dolar setakat ini.
Topic Berkaitan
#Avatar
#Eric Ryder
#James Cameron
#Lightstorm Entertainment
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan