Pengarah tersohor James Cameron yang menggegarkan dunia perfileman dengan Titanic hari ini mengumumkan bakal muncul dengan empat lagi sekuel bagi filem Avatar.
Filem Avatar yang masih memegang rekod sebagai filem terlaris sepanjang zaman dengan kutipan AS$2.8 bilion (RM10.6 bilion) di seluruh dunia akan disusuli Avatar 2 pada tahun 2018.
Menurut The Hollywood Reporter, tiga lagi sekuel dijadualkan menyusul pada tahun 2020, 2022 dan 2023.
“Kami telah membuat keputusan untuk menjalani proses perfileman besar-besaran,” ujar Cameron di acara CinemaCon yang diadakan di sini.
Cameron turut menjelaskan tiga sekuel yang dirancang sebelum ini tidak cukup untuk menyampaikan kisah sebenar mengenai alam sekeliling dan watak filem tersebut.
“Dalam tempoh beberapa tahun ini, saya telah bekerjasama dengan empat orang penulis lakon layar yang hebat. Apa yang saya boleh katakan, imaginasi mereka luar biasa. Ini (empat sekuel) akan jadi satu pengembaraan epik,” tambahnya.
Bintang utama Avatar, Zoe Saldana dan Sam Worthington dijangka akan muncul semula untuk Avatar 2 bersama-sama Sigourney Weaver dan Stephen Lang.
Nizam Bakeri
Fri Apr 15 2016
Filem Avatar memenangi enam anugerah dalam Oscars 2010 termasuk Filem Terbaik - Foto Facebook/Avatar
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Jadual tayangan 'Avatar' berubah kerana COVID-19
Dalam satu makluman terbaharu, Disney mengeluarkan jadual atau kalendar tayangan bagi beberapa filem terbitannya.
Tiada tarikh ditetapkan buat tayangan Mulan
Sebelum ini, filem arahan Niki Caro itu dijadual ditayangkan pada Mac namun telah ditangguhkan ke Julai, dan akhirnya pada 21 Ogos.
Avatar bakal turun takhta, Avengers: Endgame filem terlaris di dunia
Menurut laporan media antarabangsa, hanya AS$500,000 lagi diperlukan oleh Endgame untuk membawa Avatar turun dari takhta.
6 Avengers tersenarai sebagai pelakon paling mahal, anda mungkin tak percaya siapa nombor 1!
Persoalan yang mungkin bermain di fikiran peminat kini adakah pendapatan pelakon filem aksi ini setanding dengan pelakon 'A-list' yang lain?
Tayangan semula Avengers: Endgame masih gagal tandingi Avatars
Avengers: Endgame masih kekurangan AS$27 juta untuk menyamai rekod yang dipegang Avatar.
Mampukah tayangan semula Avengers: Endgame tandingi rekod kutipan filem Avatar?
Keluaran terbaru kali ini dikatakan membawakan "babak yang dipadam, tribut dan beberapa kejutan"
Avengers: Endgame bakal keluar dengan adegan tambahan?
Tidak disangkal lagi kehebatan filem Avengers: End Game sememangnya meninggalkan kesan buat peminat-peminat filem Marvel.
Michelle Yeoh sah bintangi sekuel Avatar
Pelakon hebat kelahiran tanah air, Tan Sri Michelle Yeoh dilaporkan bakal menyertai barisan pelakon untuk francais filem Avatar.
James Cameron umum empat lagi sekuel filem Avatar
Avatar 2 dijangka menemui peminat pada tahun 2018 diikuti tiga lagi sekuel yang bakal ditayangkan pada tahun 2020, 2022, dan 2023.
Star Wars: The Force Awakens lepasi kutipan Titanic di AS
Secara keseluruhannya, The Force Awakens masih berada di belakang Avatar, yang ditayangkan pada tahun 2009.