awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

James Gunn dedahkan barisan pelakon sekuel Suicide Squad

Afiq Ariffin
Afiq Ariffin
14/09/2019
10:27 MYT
James Gunn dedahkan barisan pelakon sekuel Suicide Squad
Gunn berkongsikan perkara itu menerusi satu muat naik foto di laman sosial, Instagram. - Foto Facebook@jgunn / Instagram@suicidesquadmovie
PENGARAH filem, James Gunn mendedahkan senarai barisan pelakon yang bakal membintangi filem baharu bagi sekuel filem adaptasi komik DC, The Suicide Squad.
Gunn berkongsikan perkara itu menerusi satu muat naik foto di laman sosial, Twitter.
Dia juga turut mengesahkan bahawa beberapa pelakon yang pernah membawa watak daripada Suicide Squad (2016), turut menyertai sekuel kedua ini walaupun filem ini pernah mendapat kritikan hebat daripada pengkritik filem.
Margot Robbie juga kembali sebagai Harley Quinn, Jai Courtney sebagai Kapten Boomerang, Joel Kinnaman sebagai Rick Flag dan Viola Davis sebagai pemain skuad, Amanda Waller.
Selain itu, beberapa watak juga akan ditambah ke dalam sekuel itu dan ia bakal dilakonkan oleh pelakon hebat seperti John Cena, Idris Elba, Storm Reid, Peter Capaldi, Alice Braga, Nathan Fillion, Taika Waititi dan Jennifer Holland.
Dont get too attached. #TheSuicideSquad pic.twitter.com/uITPhrDzz2
— James Gunn (@JamesGunn) September 13, 2019
Pengumuman ini juga sekali gus membawa kepada pengesahan berita bahawa bintang WWE terkemuka John Cena yang dilaporkan 'dilamar' untuk membintangi sekual filem itu.
Malah, beberapa nama pelakon baharu juga disebut dan bakal membuat kemunculan dalam sekuel itu termasuk Michael Rooker, David Dastmalchian, Sean Gunn, Pete Davidson, Flula Borg, Joaquin Cosio, Mayling Ng, Juan Diego Botto, Steve Agee, Tinashe Kajese, Daniela Melchior dan Julio Ruis.
Bagaimanapun, Gunn tidak mededahkan sama ada Jared Leto bakal muncul untuk membawa watak 'Joker' dalam filem baharu DC Extended Universe (DCEU) itu.
Terdahulu, Suicide Squad telah dinobatkan pemenang kategori Solekan dan Dandanan Terbaik menerusi hasil kerja Christopher Allen Nelson, Giorgio Gregorini dan Alessandro Bertolazzi.
Kemenangan itu bukan sahaja penuh kontroversi, malah membuatkan ramai pihak berasa bingung dengan kemenangan itu.
Untuk rekod, Suicide Squad hanya menerima 26 peratus undian dalam ulasan di laman web Rotten Tomatoes ketika ia mula ditayangkan.
Malah, ia juga turut tercalon dalam Anugerah Razzie, yang memberi pengiktirafan kepada penerbitan filem-filem paling buruk sepanjang tahun.
Topic Berkaitan
#DC Extended Universe
#DCEU
#Harley Quinn
#James Gunn
#John Cena
#Margot Robbie
#pelakon sekuel Suicide Squad
#Suicide Squad
#The Suicide Squad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan