Jangan tanya saya berapa harga plat kereta RQ2174 - Che Ta

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) berwarna merah itu merupakan hadiah daripada Haval Malaysia kepadanya sebagai tanda penghargaan menjadi duta jenama tersebut sejak Oktober tahun lalu.
PELAKON Rozita Che Wan akui tidak mengetahui harga nombor pendaftaran kereta baru miliknya, ‘RQ2174’ berjenama Haval H2, kerana bukan dia yang membelinya.
Tambah Che Ta lagi, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) berwarna merah itu merupakan hadiah daripada Haval Malaysia kepadanya sebagai tanda penghargaan menjadi duta jenama tersebut sejak Oktober tahun lalu.
“Kontrak bersama Haval diikat setahun bermula Oktober tahun lepas. Berkenaan nombor pendaftaran tu pula, saya hanya beritahu saya minat nombor plat RQ2174.
“Tidak sangka pula pihak Haval melakukan kejutan ini. Sebab itu jangan tanya pasal harga RQ2174 sebab mereka tak beritahu saya,” katanya.
Selain itu, Che Ta turut berkongsi rasa terujanya dapat berhari raya dengan kereta baharu.
“Alhamdulillah, meriahlah raya saya tahun ini...Selain tajaan baju raya, saya juga dihadiahkan sebuah kereta baharu,” ujarnya.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Go Auto, Dato' SM Azli SM Nasimuddin Kamil berkata, pihaknya berbangga kerana Che Ta sudi menjadi Duta kepada Haval Malaysia.
Tambah Azli, Go Auto berharap Che Ta akan gembira dengan Haval H2 dan rasai kehebatan SUV ini.Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

