awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jasmin Hamid panjat rasa syukur selepas dibenar keluar hospital

Gempak
Gempak
05/06/2022
02:15 MYT
Jasmin Hamid panjat rasa syukur selepas dibenar keluar hospital
JASMIN: Allah maha baik. Syukur alhamdulillah. Suami dan anak-anak jemput saya balik rumah. -Instagram
SELEPAS hampir seminggu berada di Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan akibat serangan jantung, pelakon popular, Jasmin Hamid dibenarkan pulang ke rumah.
Hal itu dikongsikan oleh Jasmin menerusi perkongsian yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
“Allah maha baik…. Syukur alhamdulillah. Suami dan anak-anak jemput saya balik rumah.
"Dengan izin Allah dan berkat doa suami, anak-anak, adik-beradik, mentua, famili, sanak-saudara, kenalan dan kalian semua, saya dah makin sihat dan dibenarkan keluar dari hospital petang ini (semalam).
“Tiada kata selain terima kasih banyak-banyak para doktor dan jururawat yang bertungkus-lumus merawat saya hingga kembali sihat.
"Terima kasih juga buat sanak-saudara, sahabat handai yang sempat ziarah saya di hospital.
“Terima kasih juga pada semua yang sayang saya sebab tak henti-henti bertanyakan khabar saya dan mendoakan kesihatan saya kembali pulih,” tulis Jasmin.
View this post on Instagram
A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh)
Menerusi ruangan komen, rakan-rakan artis seperti Sharifah Shahora, Nazia Mustafa, Hisyam Hamid, Azza Elite dan Elisya Sandha turut sama menzahirkan rasa syukur dengan keadaan kesihatan Jasmin yang semakin pulih.
Terdahulu, menerusi Instagram Jasmin, suaminya, Nazmir Abd Rahim memuat naik status di Instagram yang memberitahu isterinya dikejarkan ke hospital kerana mengalami serangan jantung.
Nazmir bagaimanapun memberitahu Gempak bahawa Jasmin berada dalam keadaan stabil dan tidak ditidurkan.
*Artikel asal disiarkan di Gempak
Topic Berkaitan
#Jasmin Hamid
#Hospital Sungai Buloh
#serangan jantung
#Nazmir Abd Rahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan