awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iskandar Ismail berjaya muncul juara Gegar Vaganza 12
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Wanita warga Taiwan ditemukan lemas di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Jauhi jantan yang buka aibmu" - Status ayah Emma Maembong cetus tanda tanya

Gempak
Gempak
07/02/2019
08:00 MYT
"Jauhi jantan yang buka aibmu" - Status ayah Emma Maembong cetus tanda tanya
APAKAH maksud di sebalik status Facebook pelukis terkenal, Ismail Embong? - Gambar fail
STATUS Facebook Ismail Embong yang juga ayah kepada pelakon wanita kontroversi, Emma Maembong mengundang teka-teki dan perdebatan dalam kalangan netizen.
Tanpa meletakkan nama atau memberi bayangan, status berkenaan sangat jelas seperti melepaskan sindiran kepada pihak yang cuba mengambil kesempatan ke atas anaknya.
Dalam masa sama, status berkenaan juga saling tidak ubah seperti kata-kata luahan rasa pelukis terkenal itu merujuk kepada kontroversi yang terjadi pada anaknya.
"Duhai perempuan, wajib dijauhi jantan yang buka aib mu; dia sesungguhnya iblis bertopengkan manusia sering berusaha memecahkan umat & keluarga," tulis Ismail.
Tulisan yang dimuat naik pada pagi Khamis itu mendapat perhatian netizen yang turut menurunkan komen serta nasihat pada keluarga itu.
Seperti yang disebut, tidak dapat dipastikan status itu ditujukan kepada mana-mana pihak namun ada antara netizen yang menyokong tindakan Ismail.
"Lelaki tak guna tu yang memang kena ajar. Jangan bagi muka Ayah. Suka-suka buat anak orang macam tu!" tulis salah seorang pengguna pada entri terbabit.
BACA: Iman tak kuat, Emma akhirnya buang tudung BACA: Emma Maembong mengaku buka tudung, nafi duduk celah kangkang abang menteri
Pada Rabu, Emma mencetus kontroversi terbaharu apabila secara terbuka mengumumkan keputusannya menanggalkan tudung selepas lima tahun menutup aurat.
Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail memberitahu, biar apa sekalipun alasan yang diberikan ekoran perubahan imej itu, dia mengaku kesilapan itu bermula dari dalam dirinya sendiri.
Sebelum itu, foto Emma bersama Syed Abdullah Syed Abdul Rahman yang juga abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq dalam keadaan tidak bertudung tular di media sosial dan menjadi perdebatan umum.
Topic Berkaitan
#Emma Maembong
#Ismail Embong
#pelakon
#pelukis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan