KUALA LUMPUR:Walaupun sudah menutup usia pada bulan lalu, namun penyanyi Sandra Dianne sempat meninggalkan karya suaranya untuk dendangan ramai.
Jelaskan, merupakan judul lagu baharu penyanyi yang berasal dari Sabah itu telah dilancarkan pada 2 Oktober lalu.
Sony Music Malaysia berkata, pihaknya telah melancarkan lagu balada itu tiga minggu selepas Allahyarham disahkan meninggal dunia pada 11 September lalu.
BACA: Bintang Big Stage 2020, Sandra Dianne meninggal dunia
"Sebagai syarikat pengurusan Sandra, kami memutuskan untuk berkongsi lagu ini yang cukup bermakna buat Allahyarham.
"Lagu ini mengisahkan mengenai cinta yang berakhir di tengah jalan iaitu pasangan memutuskan untuk berlalu pergi tanpa sebarang penjelasan," kata wakil syarikat tersebut, Vea Norman pada Isnin.
Menurutnya lagi, Sandra telah menulis lagu itu pada tahun lalu dan dirakam Mei 2020.
"Rakaman lagu tersebut mengambil sedikit masa kerana arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Susunan muzik dilakukan di Kuala Lumpur manakala vokalnya direkod di Sabah," kata Vea.
Bagaimanapun katanya, pihak produksi tidak berpuas hati dengan kualiti rakaman dan perlu menunggu Sandra pulang ke Kuala Lumpur untuk merakamnya semula.
"Allahyarham merakam lagu itu beberapa kali hingga dia mempunyai emosi yang sepatutnya untuk lagu tersebut," jelas Vea.
Allahyarham Sandra merupakan peserta Big Stage 2020 meninggal dunia di Hospital Putrajaya selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) pada 5 September lalu.
Farhana Joni
Mon Oct 05 2020

Jelaskan, judul lagu baharu peninggalan Allahyarham Sandra Dianne. - Instagram

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

Malaysia ada tempat istimewa di hati penduduk Gaza - Mahasiswa Palestin
Pelajar Gaza di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Asim S. M. Alamssi, berkongsi perasaan mendalam terhadap Malaysia yang dihargai oleh penduduk Gaza.
Perisikan Jerman: COVID-19 mungkin bocor dari makmal Wuhan
Pada tahun 2020, Agensi Perisikan Asing Jerman (BND) menganggarkan dengan kebarangkalian 80 hingga 90 peratus bahawa koronavirus yang mencetuskan pandemik COVID-19 telah dilepaskan secara tidak sengaja dari Institut Virologi Wuhan di China. Menurut laporan media tempatan Jerman, BND mempunyai petunjuk mengenai eksperimen "gain-of-function" di institut tersebut.

5,272 belia bankrap sejak 2020
Sebanyak 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Mark Carney angkat sumpah PM baharu Kanada Jumaat ini
Mark Carney akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kanada pada hari Jumaat, menggantikan Justin Trudeau. Beliau mengambil alih kepimpinan ketika Kanada berdepan perang perdagangan dengan AS dan persiapan pilihan raya.
Api kuali musnahkan khemah peniaga Bazar Ramadan
Insiden yang berlaku sekitar jam 5 petang itu tular di TikTok, menunjukkan khemah jualannya musnah dalam kebakaran.
Walaupun dalam keadaan panik, peniaga dikenali Alif itu sempat menyelamatkan diri.
Walaupun dalam keadaan panik, peniaga dikenali Alif itu sempat menyelamatkan diri.

Dalam kenangan 2020: Terpadamnya kerlipan-kerlipan bintang
Tahun 2020 pastinya akan terpahat dalam kalender dunia sebagai tahun yang cukup mencabar dan getir.

Jelaskan, naskhah akhir Sandra Dianne
Walaupun sudah 'pergi' pada bulan lalu, namun Allahyarham Sandra Dianne sempat meninggalkan karya suaranya untuk dendangan ramai.

Big Stage 2020: Siapa bakal tersungkur pada pusingan suku akhir?
Siapa yang bakal menyerlah pada malam ini dan siapa pula yang akan pulang?

"Arwah Sandra bukan jenis yang gemar pakai baju putih" - Neeta Manisha
Kalau siapa mengenali arwah Sandra, dia bukan seorang yang suka memakai baju berwarna putih.

Big Stage: Tiada minggu tambahan, semua peserta terus ke suku akhir
Apa tugasan tambahan mereka?

Tolong jaga perasaan keluarga arwah Sandra - Elly Mazlien
Kalau tiada benda yang baik untuk dicakapkan, lebih baik diam sahaja.

'Terima kasih jadi kawan baik Sandra' - Qody Rany sebak kenang detik bersama arwah
Kehilangan seorang teman rapat bukan satu perkara yang mudah untuk kita terima lebih-lebih lagi bila dia pergi buat selamanya.

Saya sudah ada lagu untuk Sandra - Ajai
Menurut Ajai dia mula mengenali penyanyi tersebut pada satu program pada tahun 2014 sama seperti rakan juri, Dayang Nurfaizah.

Jenazah Sandra Dianne selamat dikebumikan
Jenazah Sandra Dianne telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kauluan di sini, pada petang Jumaat.

Konsert minggu kelima Big Stage ditangguh, Astro hormati pemergian Sandra
Astro, bagaimanapun, akan mengadakan konsert khas mengenang Allahyarham, #SandraDalamKengan bagi mengenang Allahyarham Sandra.