PENYANYI dan peserta Big Stage musim ketiga, Sandra Dianne dilaporkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada awal hari ini.
Berita sedih mengenai pemergian Sandra, 26 tahun, itu dikongsikan rakan penyanyinya, Sufie Rashid di laman Instagram peribadinya.
“Selamat pulang ke rahmatullah sahabatku. Anda seorang rakan baik yang mempunyai hati yang mulia.
“Terima kasih sebab beri saya peluang untuk satu pentas dengan awak.
“Semoga awak tenang di sana. Innalillahiwainnailaihirojiun,” kata Sufie menerusi satu entri di Instagram awal pagi ini.
Rakan seperjuangan Sandra dalam program realiti Big Stage 2020, Usop, turut berkongsikan berita duka menerusi satu entri di laman Instagram peribadinya dengan kapsyen yang berbunyi:
“Assalamualaikum semua. Tolong sedekahkan al-Fatihah untuk sahabat seperjuangan saya yang kini telah pulang keramatullah.
“Sandra rehat k. Al-Fatihah,” kata peserta Big Stage berkenaan.
Pada Sabtu lalu, Sandra, atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).
Insiden tersebut berlaku tatkala penyanyi kelahiran Sabah tersebut sedang menuju ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk menjalani sesi latihan penuh konsert minggu keempat.
BACA: Perjuangan Sandra dalam Big Stage bergantung kepada tahap kesihatannya
BACA: Sandra Big Stage masih dalam ICU, kedudukannya diumum malam ini
Penyanyi lagu ‘Hey ! Kau’ itu kemudiannya tidak sedarkan diri dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya.
Isabelle Leong
Thu Sep 10 2020

Pada Sabtu lalu, Sandra dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuhraya Damansara Puchong. - Instagram/@sandradianneofficial

COVID-19: Kes baharu dan sembuh paling tinggi, ini lima tumpuan hari ini
Bagaimanapun, perkembangan positif dilaporkan hari ini selepas kes sembuh melepasi angka kes baharu iaitu sebanyak 4,313 kes.

Mayat lelaki dijumpai hanyut berhampiran laluan sungai di Pantai Dalam
Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Ramli Mohamad dalam satu kenyataan, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 12.24 tengah hari Sabtu.

Bekalan vaksin COVID-19 AstraZeneca ke EU dikurangkan
Bekalan dos vaksin syarikat itu ke EU dikurangkan sebanyak 60 peratus, daripada 80 juta kepada 31 juta dos pada suku pertama 2021.

Sarawak catat dua lagi kematian akibat COVID-19
Sarawak secara keseluruhannya pada hari ini melaporkan 193 kes baharu COVID-19 dengan pertukaran status buat dua daerah iaitu Bintulu dan Bau.

Derma darah | Jangan takut, jalankan tanggungjawab
Takut… Itu stigma yang sering dikaitkan dengan menderma darah. Malah, realitinya itu mungkin perkara pertama yang berlegar di fikiran setiap kali kita mahu menderma darah. Dek kerana rasa takut yang menebal, hasrat untuk menjalankan tanggungjawab sosial itu mungkin terpaksa ditangguhkan. Namun, sedarkah kita bahawa nilai setitik darah itu cukup besar bagi mereka yang sangat-sangat memerlukan.

Bekalan darah negara | Hanya mampu tampung keperluan lima hari
Bekalan darah di Pusat Darah Negara (PDN) ketika ini semakin berkurangan dan hanya mampu menampung purata keperluan kegunaan selama lima hari. Menurut Pakar Perubatan Transfusi PDN, Dr Thane Moze Darumalinggam, PDN memerlukan sekurang-kurangnya 500 hingga 600 beg darah sehari. Ikuti laporan yang disediakan wartawan Astro AWANI, Hasimi Muhamad.

Nekmat Qfish | Nekmat akan pastikan bekalan ikan mencukupi
Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) sentiasa memastikan bekalan ikan dan hasil tangkapan laut mencukupi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini. Pengerusi Nekmat, Abdul Hamid Bahari berkata, pihaknya memastikan stok bekalan ikan untuk sepanjang tempoh PKP sehingga Tahun Baru Cina.

18 PATI ditahan cuba masuk Malaysia
Cubaan 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk 13 wanita dari Indonesia untuk memasuki negara secara haram gagal selepas ditahan dalam Op Benteng hari ini.

Politik | Majoriti cukup namun tunggu ihsan, budi bicara Agong
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

Poilitik | Pembangkang kumpul kekuatan demi selamatkan negara
Keadaan negara yang tidak menentu sekarang membuatkan pembangkang mengumpul kekuatan demi menyelamatkan negara.

Rindu terpendam, Hafiz Zainal luah melalui lagu
Setelah beberapa minggu menjalani proses rakaman, akhirnya Hafiz, 27, selamat melancarkan -baby- baharunya yang berjudul Rindu pada 6 November lalu.

'Cinta Jangan Pergi', hadiah Azzam Sham untuk peminat
Tidak menunggu lama selepas Big Stage, anak jati Kuala Lumpur ini, telah melancarkan lagu terbaharunya yang berjudul Cinta Jangan pergi untuk peminat-peminatnya.

Jelaskan, naskhah akhir Sandra Dianne
Walaupun sudah 'pergi' pada bulan lalu, namun Allahyarham Sandra Dianne sempat meninggalkan karya suaranya untuk dendangan ramai.

Big Stage 2020: 'May the best man win', siapa pilihan juara anda?
Siapa yang bakal bergelar juara sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi?

Big Stage 2020: Siapa bakal tersungkur pada pusingan suku akhir?
Siapa yang bakal menyerlah pada malam ini dan siapa pula yang akan pulang?

Konsert minggu kelima Big Stage ditangguh, Astro hormati pemergian Sandra
Astro, bagaimanapun, akan mengadakan konsert khas mengenang Allahyarham, #SandraDalamKengan bagi mengenang Allahyarham Sandra.

Biarpun baru mengenali Sandra, pertemuan itu sangat indah - Cikgu Shafi
Itulah luahan guru vokal Big Stage 2020 Syafizawati Sharif, ketika berkongsi rasa sedih terhadap pemergian penyanyi, Sandra Dianne.

Bintang Big Stage 2020, Sandra Dianne meninggal dunia
Berita sedih mengenai pemergian Sandra, 26 tahun, itu dikongsikan rakan penyanyinya, Sufie Rashid di laman Instagram peribadinya.

Big Stage: Pakai 'arrangement' lama, macam pergi nyanyi karaoke - Ajai
Kena berani buat perubahan kalau tidak nanti sama sahaja macam orang lain.

Big Stage: Masih ada yang 'play safe', Dayang Nurfaizah tanya untuk apa?
Betul tu, nak simpan apa lagi?