awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Kuswadinata selamat disemadikan

Astro Awani
Astro Awani
17/02/2013
09:51 MYT
Jenazah Kuswadinata selamat disemadikan
Jenazah Allahyarham Kuswadinata sempurna dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Ampang (1) pada pagi Ahad.
Aktor veteran itu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.07 minit petang Sabtu di Hospital Ampang.
Allahyarham menghidap penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar sejak 4 tahun lalu.
Pemilik nama Kuswadi Bujang ini menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri, Kamariah Mohd Said dan seluruh ahli keluarga.
Allahyarham dibawa pulang ke kediamannya di Taman Rasmi Jaya dan dikebumikan pagi Ahad.
Jenazah sebelum itu dimandi, dikafan dan disembahyangkan di Masjid Bukit Indah, Ampang.
Hampir 200 ahli keluarga dan rakan hadir bagi memberikan penghormatan terakhir termasuk seniwati Mariani dan A. Galak.
Pada 7 Oktober lalu, Allahyarham pernah dimasukkan ke hospital sama kerana turut mengalami masalah buah pinggang yang kronik.
Allahyarham memiliki empat anak iaitu Irwan, Jasmine, Hafsham dan Rizal hasil perkahwinan dengan Kamariah selama 30 tahun.
Antara filem yang pernah dijayakan pelakon berusia 75 tahun itu seperti "Panca Delima", "Ibu Mertuaku" dan "Kala Malam Bulan Mengambang".
Topic Berkaitan
#Kuswadinata
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan