Skip to main content

Malaysia

Gempa bumi sederhana di Mindanao, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia - MetMalaysia

Gempa berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km), kira-kira 101 km selatan dari Koronadal City, Filipina. - FB Malaysian Meteorological Department
Gempa berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km), kira-kira 101 km selatan dari Koronadal City, Filipina. - FB Malaysian Meteorological Department
Advertisement

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.2 magnitud melanda wilayah Mindanao, Filipina pada 10.05 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km), kira-kira 101 km selatan dari Koronadal City, Filipina. 

“Penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu. 

Advertisement

Kawasan selatan Filipina sebelum ini dilanda gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud pada Isnin lepas yang menjejaskan ratusan ribu penduduk di Mindanao, dengan gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di sekitar Tawau dan Semporna di Sabah.

Setakat Khamis, Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC) Filipina mengesahkan sekurang-kurangnya 47 orang terbunuh, 31 masih hilang, manakala lebih 346,000 orang terjejas akibat bencana berkenaan.

Advertisement

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement