Sedia maklum aplikasi terbaru daripada Astro Radio iaitu Raku kini memberi peluang kepada pengguna untuk menikmati mengakses 20 stesen radio dengan hampir 1.9 jutaan lagu-lagu antarabangsa dan tempatan tanpa had.

Bersempena bulan Ramadan Al-Mubarak yang akan bermula esok, aplikasi Raku tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menjayakan kempen #KosongKosong dengan memberi kemudahan kepada para pengguna Raku menjalani ibadah puasa.

Umat Islam yang menggunakan aplikasi Raku dengan mudah boleh menghayati bacaan suci Al-Quran dari juzuk 1 hingga 30 sebagai panduan harian mereka. Anda hanya perlu mencipta senarai surah pilihan bagi memudahkan untuk membuat sebarang rujukan terutamanya menerusi program Ngaji Quran yang akan bermula sepanjang 30 hari di bulan Ramadan.

Lebih menarik, aplikasi Raku menyerikan lagi suasana bulan Ramadan Al-Mubarak dengan seleksi lagu-lagu-lagu pilihan yang bersesuaian untuk para pendengar ketika menjalani ibadah puasa.

Antara lagu menarik yang boleh diakses para pengguna termasuklah daripada kumpulan Raihan, Rabbani, Hijjah, Wirdani, Solehah dan banyak lagi!

Jadi mari kita sama-sama mengisi aktiviti-aktiviti yang berfaedah sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan dan kemuliaan menerusi perkhidmatan baru di aplikasi Raku.

Raku boleh dimuat turun menerusi www.raku.com.my, Google Playstore dan Apple Appstore. Raku Premium boleh dimiliki denga harga RM14.90 setiap bulan serta USD5.99 di Apple Store.