Ringkasan AI
- Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui JAKIM sedang menyiasat dakwaan unsur pemujaan dalam konsert The Weeknd di Stadium Nasional Bukit Jalil.
- JAKIM bekerjasama dengan PUSPAL untuk mendapatkan maklumat lanjut dan meneliti dakwaan yang dibangkitkan orang ramai mengenai persembahan tersebut.
- Tindakan sewajarnya akan diambil jika siasatan mendapati berlaku ketidakpatuhan terhadap syarat atau garis panduan yang ditetapkan.
KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menerusi Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang meneliti dakwaan unsur pemujaan yang dikaitkan dengan konsert artis antarabangsa, The Weeknd, di Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Zulkifli Hasan berkata pihaknya memandang serius kebimbangan yang dibangkitkan berhubung beberapa elemen persembahan yang didakwa mencetuskan persoalan berkaitan aspek akidah dan sensitiviti agama.
Menurut beliau, Bahagian Penyelidikan JAKIM kini sedang berhubung rapat dengan Urus Setia Garis Panduan Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara itu.
"Islam secara tegas melarang sebarang bentuk unsur pemujaan selain Allah. Semua pihak perlu memastikan agar persembahan seni tidak menimbulkan kekeliruan berkaitan akidah, akhlak, dan sensitiviti agama di Malaysia," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.
Zulkifli berkata JAKIM sedang meneliti dakwaan yang dibangkitkan serta tahap pematuhan terhadap syarat persembahan yang telah ditetapkan.
Beliau turut menegaskan tindakan akan diambil sekiranya siasatan mendapati wujud pelanggaran terhadap peraturan atau garis panduan yang ditetapkan.
"Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menerusi Bahagian Penyelidikan JAKIM sedang berhubung rapat dengan Urus Setia Garis Panduan Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL), bagi mengesahkan kesahihan dakwaan serta pematuhan syarat persembahan konsert The Weeknd di Bukit Jalil," tulisnya.
"Tindakan tegas berlandaskan undang-undang dan fakta sahih akan diambil bagi memastikan setiap persembahan artis dalam dan luar negara sentiasa memelihara sensitiviti agama, budaya, serta ketenteraman awam," tulisnya.
Isu berkenaan timbul susulan dakwaan yang tular di media sosial berhubung beberapa elemen visual dalam konsert jelajah After Hours Til Dawn Tour yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 4 dan 5 Nov lalu.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tindakan yang sedang diambil oleh JAKIM berhubung dakwaan unsur pemujaan dalam konsert The Weeknd?
A: JAKIM melalui Bahagian Penyelidikan sedang meneliti dakwaan unsur pemujaan yang dikaitkan dengan konsert The Weeknd dan berhubung rapat dengan Urus Setia Garis Panduan PUSPAL untuk mendapatkan maklumat lanjut. - Q: Apakah pendirian Islam mengenai unsur pemujaan dalam persembahan?
A: Islam secara jelas melarang sebarang bentuk pemujaan kepada selain Allah SWT. - Q: Apakah peringatan yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkaitan persembahan artis?
A: Menteri mengingatkan supaya setiap persembahan tidak menimbulkan kekeliruan berkaitan akidah, akhlak dan sensitiviti umat Islam serta masyarakat Malaysia secara keseluruhannya. - Q: Apakah tindakan yang akan diambil jika terdapat ketidakpatuhan terhadap syarat atau garis panduan?
A: Tindakan sewajarnya akan diambil berlandaskan undang-undang serta fakta yang sahih sekiranya siasatan membuktikan wujud ketidakpatuhan terhadap syarat-syarat yang ditetapkan. - Q: Apakah punca isu dakwaan unsur pemujaan dalam konsert The Weeknd timbul?
A: Isu ini timbul susulan dakwaan yang tular di media sosial berhubung beberapa elemen visual dalam konsert jelajah After Hours Til Dawn Tour di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 4 dan 5 November lalu.