Pementasan muzikal popular Jersey Boys dan opera Jawa yang bertajuk Matah Ati antara pementasan bertaraf antarabangsa yang bakal dipentaskan di Istana Budaya pada tahun hadapan.
Kalendar pementasan untuk tahun 2014 panggung berprestij itu diumumkan semalam.
Tirai 2014 panggung Istana Budaya bakal dibuka dengan persembahan Konsert Gelombang Salamiah Hassan, penyanyi yang popular sekitar 70an pada 10 Januari depan.
Ia merupakan konsert sulung penyanyi yang popular dengan lagu Gelombang dan juga ibu kepada penyanyi Atilia.
Pementasan Opera Jawa ini bakal dipentaskan pada 25 hingga 27 April depan.
Turut disenaraikan adalah sebuah pementasan muzikal terbaru terbitan Tall Order Productions yang berjudul Rejang Sebuah Muzikal pada 12 hingga 21 Mei depan.
Teater Isabella pula mengangkat kisah cinta antara benua Eropah yang bakal dijayakan oleh pelakon popular Aaron Aziz.
Menurut Ketua Pengarah Istana Budaya, Dato' Juhairi Shaarani, Istana Budaya mengambil pendekatan yang lebih teliti dalam pemilihan produksi yang sesuai untuk pementasan demi mengelakkan pembatalan pada saat-saat akhir.
Menolak anggapan ia adalah pilih kasih, Juhairi berkata ia adalah sebagai langkah berhati-hati yang diambil bagi menjaga reputasi panggung nasional itu.
Namun mengakui, Istana Budaya selesa bekerjasama dengan syarikat yang pernah mementaskan naskhah mereka beberapa kali.
Walaupun belum disenaraikan di dalam kalendar terbaru, pementasan popular P.Ramlee The Musical Season 3 juga dikhabarkan akan dipentaskan pada tahun hadapan.
Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, Istana Budaya bakal membawakan naskhah dari luar negara antaranya teater adaptasi dari novel terkenal Hamka, Di Bawah Lindungan Kaabah dan teater muzikal Jersey Boys.
Pementasan berskala besar dari Indonesia, Matah Ati juga akan dipentaskan pada April depan.
Antara konsert yang paling ditunggu-tunggu adalah Konsert Ekspres Rakyat pada Mei dan Konsert 45 Tahun Seniman Ramli Sarip yang bakal berlangsung pada Oktober depan.
Turut disenaraikan ialah Konsert Pop Yeh Yeh bersama Orkestra Tradisional Malaysia, Konsert Jamal Abdillah Mengenang Ahmad Jais dan Konsert Suara Kita yang menampilkan Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain.
Astro Awani
Sun Dec 29 2013
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Bob Lokman beransur pulih selepas 17 hari dirawat di hospital
Pada 2020, Bob pernah menjalani pembedahan memasukkan alat IACD untuk menstabilkan denyutan jantungnya di Hospital Sultanah Bahiyah.
Tahniah Hijau, sudah tiga dekad usiamu!
Diam tak diam lagu Hijau nyanyian Datuk Zainal Abidin sudah berusia 30 tahun dan masih relevan sehingga ke hari ini.
Berdepan risiko mati mengejut, Bob Lokman tidak putus asa cari penawar
Bob Lokman akan jalani prosedur memasang alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC) di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Bob Lokman dimasukkan ke hospital sekali lagi
Menurut isteri Bob, Relawati Daud keadaan penulis lirik itu yang menghidapi penyakit buah pinggang bertambah membimbangkan apabila dia menerima kesan alahan selepas mengambil ubat.
#Isabella30tahun: "Beruntung dapat rasa keajaiban Ilahi" - M. Nasir
SELEPAS kejayaan Fantasia Bulan Madu menerusi album Mentari Merak Di ufuk Timur, kumpulan Search mencipta satu lagi kejayaan menerusi lagu Isabella.
#Isabella30tahun: Kisah sebenar di sebalik Isabella
Tajuk Isabella rupa-rupanya ilham komposer terkenal, Datuk M. Nasir
#Isabella30tahun: Inspirasi tiga dekad
Sedar tak sedar, sudah 30 tahun usia lagu Isabella
Inilah perjalanan anak seni yang sentiasa dirompak - Amy Search
Penjualan fizikal sangat terhad dan yang membeli adalah peminat fanatik yang menjadikan ia sebagai koleksi.
Jersey Boys, Matah Ati bertandang ke Istana Budaya 2014
Pementasan muzikal Jersey Boys dan opera Jawa, Matah Ati antara pementasan antarabangsa yang bakal dipentaskan di Istana Budaya tahun 2014.