ENAM tahun selepas mengumumkan perpisahan, anggota kumpulan adik beradik Jonas Brothers kini dilapor akan kembali bersatu di pentas muzik!
Menurut laporan Us Weekly, kumpulan adik-beradik itu dikatakan akan menggugurkan perkataan ‘Brothers’ daripada namanya dan hanya akan dikenali sebagai ‘JONAS’.
Kumpulan itu dianggotai oleh Nick, Joe dan Kevin Jonas.
Laporan The Sun pula berkata bahawa adik-beradik Jonas itu baru-baru ini membuat kunjungan ke London untuk membincangkan mengenai rancangan untuk masa depan mereka, termasuklah potensi untuk mengeluarkan lagu serta dokumentari terbaharu.
Khabar angin bahawa mereka akan kembali bersatu pada awalnya bermula sejak akaun Instagram rasmi Jonas Brothers telah diaktifkan semula selepas 4 tahun ia ditutup.
Kumpulan muzik berkenaan mengumumkan perpisahannya pada Oktober 2013 hanya beberapa hari selepas mereka membatalkan jelajah konsert serta menutup akaun di media sosial Twitter.
Ia dikatakan akibat suatu “keretakan yang mendalam” antara adik-beradik itu, menurut wakil Jonas Brothers kepada Us Weekly.
Baru-baru ini, pasangan Nick Jonas dan Priyanka Chopra dikhabarkan hamil anak pertama hasil dari perkahwinan mereka pada 1 Disember tahun lalu.
BACA: Priyanka Chopra, Nick Jonas bakal timang cahaya mata?
Agensi
Tue Feb 19 2019
Khabar angin bahawa mereka akan kembali bersatu pada awalnya bermula sejak akaun Instagram rasmi Jonas Brothers telah diaktifkan semula selepas 4 tahun ia ditutup. (Foto - Reuters)
Serangan Balai Polis: Tujuh individu direman hari ini
Tujuh individu, termasuk lima ahli keluarga suspek, akan direman bagi membantu siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram. Dua anggota polis maut dalam kejadian tersebut.
Kita bersama wakil Astro AWANI Johor, Siti Nur Aqilla Omar, yang akan mengikuti liputan berkenaan hari ini.
Kita bersama wakil Astro AWANI Johor, Siti Nur Aqilla Omar, yang akan mengikuti liputan berkenaan hari ini.
AWANI Pagi: Kapas Marathon Crossing Swimathon 2024
Kerajaan Negeri Terengganu anjur kejohanan sukan renang marathon patuh syariah, yang pertama di Malaysia.
Sistem e-Jamin diteruskan
Kerajaan akan meneruskan penggunaan sistem pengurusan ikat jamin elektronik atau e-Jamin.
Israel pertahan hak serang Rafah di ICJ
Pasukan peguam Israel di ICJ menegaskan ia mempunyai hak mempertahankan diri dari Hamas, walaupun Afrika Selatan memohon hentikan serangan di Rafah.
Bantuan AS untuk Gaza tiba di Cyprus menanti pemindahan
White House mengesahkan bantuan tambahan AS untuk Gaza kini tiba di Cyprus, menunggu pemindahan melalui jeti sementara yang dibina di wilayah itu.
FIFA dapatkan nasihat perundangan sebelum gantung Israel
FIFA akan mendapatkan nasihat perundangan sebelum bersidang pada Julai untuk membincangkan permohonan Palestin menggantung Israel dari perlawanan antarabangsa.
Alami era baharu televisyen dikuasakan AI daripada Samsung
Empat ciri utama diketengahkan: 'AI Image Upscaling', 'AI Sound', 'AI Energy Mode', dan paling penting, 'AI Security.'
ProAIBI2024 anjuran Politeknik dan Kolej Komuniti fokus Kelestarian Alam Bina
ProAlBi 2024 tahun ini memperkenalkan segmen baru dengan kolaborasi antarabangsa dari Kolok Industrial and Community Education College, Thailand.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah Jawatankuasa Bersama Dalam Perdagangan kepada Suruhanjaya Bersama
Kedua-dua negara juga bersetuju untuk menganjurkan penglibatan perniagaan dua hala secara kerap.
Polis siasat ancaman jemaah islamiyah dalam negara
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sejauh mana ancaman daripada Jemaah Islamiyah (JI) di dalam negara ketika ini, susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada awal pagi Jumaat.
Polis cari suspek ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel
Artis tersebut membuat laporan di balai di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Daerah Kajang pada 14 Mei lalu.
Pengasas Instagram kini sertai Anthropic sebagai ketua pegawai produk
Mike Krieger akan menjadi ketua pegawai produk di Anthropic yang akan memantau pembangunan projek, pengurusan dan kerja-kerja rekaan.
Panas! Didi Astillah spill the tea lagi - "Masa bersama isteri orang anak tiga dari Terengganu, itu apa pula?”
Susulan kemunculan, penyanyi Aliff Aziz menerusi temu bual bersama program Melodi pada Ahad, kini adik iparnya, Didi Astillah membuat pendedahan terbaharu yang mengejutkan.
Instagram kemas kini algoritma Reels, utamakan kandungan asli
Instagram menyatakan perubahan ini akan memberikan capaian yang sama rata dalam membolehkan kandungan mereka ditonton ramai.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Chatbot Meta AI mula diberikan di WhatsApp, Instagram dan Messenger
Dengan Meta AI, pengguna boleh melakukan pertanyaan mengenai pelbagai topik yang mungkin ingin ditulis.
Instagram akan papar kemas kini Instagram Notes pada halaman profil
Sekiranya anda melakukan perkongsian di Instagram Notes, maka pengguna lain boleh melihatnya apabila melayari halaman profil anda.
Instagram tapis imej lucah dalam DM yang diterima pengguna bawah umur
Jika ia didapati konsisten dengan imej lucah, secara lalai ia akan dikaburkan dengan label mengatakan ia mungkin mengandungi kandungan yang tidak ingin dilihat pengguna.
Instagram dikemas kini dengan lebih banyak fungsi khusus untuk pencipta kandungan
Kesemua ciri ini diumumkan oleh Adam Mosseri yang merupakan ketua pegawai eksekutif Instagram menerusi video pendek di akaun rasmi baru-baru ini.