Dengan sekali lafaz, juara musim pertama Pelamin Fantasia, Norafiqah Ma Hassan dan Muhammad Syawaluddin Ghazali sah bergelar suami isteri.
Syawal dan Fiqa telah selamat diijabkabulkan kira-kira jam 9.30 malam Sabtu di Dewan Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).
Pasangan ini dinikahkan oleh Ketua Pendaftar Pernikahan, Perceraian dan Rujuk Selangor, Haji Aluwi Parman disaksikan oleh juri Pelamin Fantasia, Datuk Rosyam Nor, Imam Muda Asyraf dan berwakil walikan bapa pengantin perempuan, Ma Hassan Ismail.
Syawal menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 dan seutas rantai emas bersama 9 dulang hantaran berbalas 9 juga dari pihak Fiqa.
LIHAT: Video pra-perkahwinan penternak lembu, gadis OKU buat penonton tersentuh
Pasangan bertuah ini juga telah mendapat tajaan busana dan dandanan daripada pereka terkenal juga juri Pelamin Fantasia, Rizalman Ibrahim serta deko pelamin yang ditaja oleh Glam Weddings
Selesai akad nikah, pasangan mempelai diraikan pula dalam majlis resepsi indah dan meriah di lokasi yang sama.
Detik bersejarah ini telah disiarkan secara langsung di Astro Ria (104), Ria HD (123) dan Maya HD (135). Bagi yang ingin mengikuti perjalanan perkahwinan ini boleh menggunakan hashtag #syawalfiqa untuk carian di media sosial juga internet.
Majlis Kemuncak Pelamin Fantasia ini juga turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa pada malam tersebut seperti Humood Alkhudher, Ewal & Indah, Sabhi Sadhi, Akim & The Majistret, Alyah, Jaclyn Victor, Rabbani, Haziq AF, Farhan AF, Keroncong Band, Azwan AF dan Muna AF.
Pasangan tersebut diumumkan sebagai juara musim pertama Pelamin Fantasia pada Ahad lalu dan telah memenangi pakej tajaan perkahwinan berjumlah RM100,000.
Pengumuman tersebut sekali gus meletakkan pasangan pendidik Fadly dan Diyana atau nama sebenar mereka Mohd Fadly Saidin, 31, dan Nur 'Irma Diyana Mohd Norbi, 28, di tempat kedua.
Syawal atau Muhammad Syawaluddin Ghazali, 26, berasal dari Kuala Lumpur merupakan seorang penternak lembu menyertai Pelamin Fantasia bersama tunangnya, Norafiqah Ma Hassan, 24, atau Fiqa, seorang gadis istimewa yang mempunyai masalah pendengaran.
Pelamin Fantasia disiarkan sebanyak 20 episod selama 10 minggu pada setiap Sabtu dan Ahad, jam 9 malam bermula 4 April lalu.
Astro Awani
Sun Jun 14 2015
Pasangan Syawal dan Fiqa akhirnya diumum sebagai juara musim pertama Pelamin Fantasia dan telah memenangi pakej tajaan perkahwinan berjumlah RM100,000.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Rizalman bengang, baju pengantin Syawal dan Fiqa dilabel 'low class'
Pereka fesyen terkenal Rizalman Ibrahim berang apabila baju pengantin rekaannya untuk pasangan juara Pelamin Fantasia Syawal dan Fiqa dikritik.
Juara Pelamin Fantasia, Syawal dan Fiqa selamat diijab kabul
Juara Pelamin Fantasia, Syawal dan Fiqa selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis gilang-gemilang yang disiarkan secara langsung di saluran Astro RIA, RIA HD.
Penternak lembu & gadis istimewa menang pakej RM100,000 Pelamin Fantasia
Pasangan Syawal dan Fiqa akhirnya diumum sebagai juara musim pertama Pelamin Fantasia dan telah memenangi pakej tajaan perkahwinan berjumlah RM100,000.
Video pra-perkahwinan penternak lembu, gadis OKU buat penonton tersentuh
Video pra-perkahwinan pasangan Syawal dan Fiqa mendapat lebih 33 ribu views selepas Astro Gempak memuat naik video tersebut.