Filem terbitan Filmscape Sdn. Bhd., "Juvana" mencatat kutipan RM1.7 juta selepas 4 hari tayangan.
Ia memberi perkembangan positif bagi tahun ini selepas kemerosotan kutipan filem-filem tempatan pada tahun lalu.
Mula ke pawagam 24 Januari lalu, promosi di media cetak dan elektronik masih lagi diteruskan penerbit bagi membolehkan lebih ramai penonton ke pawagam.
Turut dijadual ialah rangka promosi yang melibatkan pelakon dan peminat di beberapa lokasi terpilih.
Dalam satu kenyataan media kepada sebuah portal hiburan, Khabir turut menjelaskan penerbitan sekuel bergantung kepada sambutan filem yang sedang ditayangkan.
Pengkritik menjangkakan projek kerjasama antara Juita Viden Sdn. Bhd dan Filmscape Sdn. Bhd ini diyakini mampu mencatat kutipan lebih tinggi pada minggu ini.
"Juvana", sebuah filem arahan Faisal Ishak dibarisi pelakon Johan As'ari, Zahiril Adzim, Syazwan Zulkifly, Sharnaaz Ahmad dan Syafie Naswip.
Naskah bergenre aksi ini memaparkan kisah Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng, Panjang dan Daim yang terpaksa dipindahkan ke sebuah sekolah akhlak baru selepas Sekolah Wira Bakti ditutup.
Astro Awani
Tue Jan 29 2013


AWANI Ringkas: Lanjutan pelepasan cukai SSPN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Isi rumah penyumbang utama sisa makanan Malaysia
Pengurus Korporat, Komunikasi, dan Komuniti, The Lost Food Project, Nadhirah Rashid berkata isi rumah Malaysia merupakan penyumbang utama sisa makanan dalam negara iaitu sebanyak 38 peratus. Hal ini kerana kurangnya perancangan berkaitan penyediaan makanan dan pengurusan sisa makanan tersebut.

Makanan dibuang rakyat Malaysia boleh penuhi Menara Berkembar Petronas
Pengasas Bersama What a Waste, Alvin Chen berkata dalam masa dua minggu rakyat Malaysia membuang sisa makanan yang boleh memenuhi ruang dalam Menara Berkembar Petronas. Oleh itu, tegasnya memastikan pembaziran ini dihentikan adalah tanggungjawab semua pihak.

Peniaga perlu nilai jumlah sisa harian, rancang hari berikutnya
Pengurus Korporat, Komunikasi, dan Komuniti, The Lost Food Project, Nadhirah Rashid berkata peniaga perlu menilai jumlah sisa makanan dan bukan makanan yang dihasilkan pada satu-satu hari. Seterusnya, mereka perlu merancang kuantiti bahan dihasilkan pada hari lain dengan menyesuaikan kepada permintaan pengguna.

55 peratus paip pecah berusia 30 tahun - Air Selangor
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Ir. Abas Abdullah berkata berdasarkan statistik penyedia perkhidmatan air itu 55 peratus insiden paip pecah melibatkan paip berusia sekitar 30 tahun. Air Selangor memiliki jajaran paip sepanjang lebih kurang 30,000 kilometer yang digunakan sejak 1960-an, dan proses menggantikan paip usang ini giat dijalankan.

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai terima penerbangan pertama dari China
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai hari ini mengumumkan penyambungan semula rangkaian antarabangsanya dengan mengalu-alukan penerbangan pertama yang tiba dari Guangzhou melalui AirAsia.

Asingkan bahan kering, basah panjangkan hayat makanan
Pengasas Bersama What a Waste, Alvin Chen berkata tips paling mudah untuk peniaga memastikan kualiti makanan terjamin adalah dengan mengasingkan bahan kering dan basah dalam makanan yang dijual. Selain itu, ia juga memberi manfaat kepada pengguna untuk mengawal sendiri jumlah sebatian yang diingini dalam makanan mereka.

Tidak semua insiden pencemaran akibatkan gangguan bekalan air - Air Selangor
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Ir. Abas Abdullah berkata statistik menunjukkan kadar pencemaran air menurun antara 2020 sehingga 2022. Lanjutan itu, pencemaran yang mengakibatkan gangguan bekalan air juga kecil bilangannya iaitu hanya 19 insiden berbanding 210 kes pencemaran air yang direkodkan dalam julat tahun berkenaan.

Agenda AWANI: Sisa makanan meningkat, elak pembaziran
Sisa makanan dijangka meningkat daripada kira-kira 17,000 tan metrik sehari pada bulan biasa kepada lebih 19,000 tan metrik sehari dalam bulan Ramadan. Bagaimana ini boleh dielakkan?

Agenda AWANI: Kelestarian Air | Apa 'plan' Air Selangor?
Air Selangor merupakan penyedia perkhidmatan air terbesar di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan kepada 9.1 juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Sejauh mana Air Selangor boleh terus memainkan peranannya bagi memastikan kelestarian ekosistem air pada masa akan datang?

Juvana kutip RM1.7 juta selepas 4 hari tayangan
Filem terbitan Filmscape Sdn. Bhd., "Juvana" mencatat kutipan RM1.7 juta selepas 4 hari tayangan.