KUALA LUMPUR: Peminat K-drama dan K-filem, ada berita baik untuk anda!

Pada April ini, pelbagai kisah percintaan, adegan seram, jenayah, aksi dan kegemaran keluarga akan ditayangkan di Astro menerusi saluran KBS World (Saluran 392 HD), Oh!K (Saluran 394 HD), tvN (Saluran 395 HD), K-Plus (Astro GO Saluran 396), dan tvN Movies (Saluran 416).

Peminat juga boleh strim episod-episod yang disediakan melalui On Demand dan Astro GO.

Peminat boleh menikmati K-drama terhebat yang ditayangkan 24 jam selepas Korea dan minggu sama dengan Korea.

Antaranya, drama seram The Secret House, dibintangi oleh See Ha Joon, Lee Young Eun, Kang Byul dan ramai lagi, bermula 12 April, di Oh!K (Saluran 394 HD).

Drama romantik Shooting Stars, dibintangi oleh Lee Sung-kyung, Kim Young-dae dan ramai lagi, bermula 23 April di tvN (Saluran 395 HD).

Drama jenayah misteri The Killer’s Shopping List, menampilkan Lee Kwang-Soo, Kim Seol-Hyun (AOA), Jin Hee-Kyung dan Shin Sung-woo, bermula 28 April di K-Plus (Astro GO Saluran 396).

Drama keluarga It’s Beautiful Now pula menampilkan Yoon Shi-yoon, Bae Da-bin, Oh Min-seok dan ramai lagi akan ditayangkan bermula 9 April, di KBS World (Saluran 392 HD).

Peminat juga boleh menikmati K-filem terbaharu, antaranya filem keluarga My Lovely Angel, dibintangi oleh Jin Goo, Jung Seo-Yeon, Jang Hye-Jin dan ramai lagi, pada 23 April di tvN Movies (Saluran 416 HD).

Filem jenayah dan aksi On the Line, menampilkan Byun John, Kim Mu-Yeol, Park Myung-Hoon dan banyak lagi akan ditayangkan pada 30 April di tvN Movies (Saluran 416 HD).

Sebagai tambahan, peminat K-pop boleh terus berhibur dan bernyanyi dalam Queendom 2, program realiti Korea yang dihoskan oleh Taeyeon, penyanyi Korea; dan Lee Yong-ji, penyanyi rap Korea, pada 7 April di tvN (Saluran 395 HD).