awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kajian: Kualiti lirik lagu bertaraf bahan bacaan darjah tiga

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
12/06/2015
06:16 MYT
Kajian: Kualiti lirik lagu bertaraf bahan bacaan darjah tiga
Selain Mariah Carey dan Adele, Eminem (gambar) merupakan antara artis dengan lirik yang paling bijak.
SATU kajian yang dibuat oleh sebuah blog data tiket hiburan dan sukan, SeatSmart, mendedahkan bahawa kebanyakan lirik lagu pop yang dikeluarkan sejak 10 tahun kebelakangan ini bertaraf sangat rendah.
Kajian yang diketuai oleh Andrew Powell-Morse itu dibuat dengan menjadikan 225 buah lagu pop antarabangsa, dari empat genre berlainan, sebagai bahan kajian.
Kesemua lagu tersebut dikaji menggunakan ujian Flesch-Kincaid Grade Level.
Ujian ini menggunakan formula yang mengambil kira jumlah perkataan dan suku kata yang digunakan dalam petikan bacaan.
Hasil daripada kajian itu mendapati kebanyakan lirik yang dihasilkan bertaraf bahan bacaan kanak-kanak dalam lingkungan usia 8 hingga 9 tahun.
Lagu-lagu yang dinilai adalah dari genre Pop, Country, Rock, dan R&B/Hip-hop.
Lirik daripada lagu-lagu bergenre Country dinilai punya tahap kebijaksanaan paling tinggi, manakala lagu R&B/Hip-hop paling rendah.
Kajian itu turut mendedahkan walaupun lagu nyanyian penyanyi lelaki mengandungi lebih banyak lirik, namun lagu yang dinyanyikan penyanyi wanita punya lirik yang lebih bijak.
Antara artis dengan lirik paling bijak adalah Eminem, Mariah Carey dan Adele. Manakala artis yang dengan lirik paling tidak bijak pula Kesha, Lady Gaga dan Beyonce.
Topic Berkaitan
#Adele
#Andrew Powell-Morse
#Eminem
#lirik lagu
#mariah carey
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan