awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kamal Adli lamar Uqasha Senrose ketika siaran langsung AME 2020

Asyraf Roslan, Hilmi Malik
Asyraf Roslan, Hilmi Malik
20/12/2020
14:52 MYT
Kamal Adli lamar Uqasha Senrose ketika siaran langsung AME 2020
Keadaan berubah apabila Kamal mengeluarkan cincin sebelum melutut dan membuat lamaran terhadap Uqasha Senrose.
PUTRAJAYA:Pelakon Kamal Adli, 34, membuat kejutan ketika siaran langsung Anugerah Meletop Era 2020 (AME20) malam ini apabila melamar Uqasha Senrose, 28.
Terdahulu, tindakan berkenaan disangka gimik oleh penonton yang menyangka ia sebahagian daripada atur cara program.
Bagaimanapun, keadaan berubah apabila Kamal mengeluarkan cincin sebelum melutut dan membuat lamaran terhadap Uqasha.
Situasi bertambah menarik apabila Uqasha yang sebelum ini pernah digandingkan bersama Kamal menerusi beberapa siri drama menerima lamaran tersebut lalu cincin disarungkan ke jarinya.
Kamal Adli juga dilihat gementar dan mengajak semua penonton yang hadir pada malam anugerah untuk bersorak bagi memberinya semangat untuk melamar buah hatinya.
Sebelum ini, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu dikatakan sedang hangat dilamun cinta, dan mereka dilaporkan telah menghadiri kursus perkahwinan. Bagaimanapun, Kamal dan Uqasha tidak mengesahkan perkara tersebut.
Topic Berkaitan
#Kamal Adli
#Uqasha Senrose
#lamaran
#siaran langsung
#AME
#Anugerah Meletop Era
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan