KUMPULAN Sheila On 7 (SO7) akui masih aktif mengadakan persembahan meskipun nama mereka kurang popular seperti dahulu.
Mewakili SO7, Erros berkata mereka masih bersama dan sering mendapat undangan nyanyian setiap bulan.
"Alhamdulillah, setelah 22 tahun bersama kami masih aktif melakukan persembahan di seluruh Indonesia setiap bulan.
"Dalam sebulan kami akan menerima lebih kurang 12 hingga 13 undangan nyanyian.
"Saya tidak nafikan bahawa nama kami tidak popular seperti dulu namun bersyukur dengan rezeki yang diberikan.
"Sekarang kami adalah kumpulan Indie yang bergerak sendiri tanpa bernaung dengan mana-mana label.
"Kami rasa sudah tiba masa untuk cuba mengurus sendiri dan telah tahu tentang selok belok industri," katanya kepada Astro Gempak.
Erros berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Sheila On 7 Live In Kuala Lumpur 2018, di GTower Hotel Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sheila On 7 Live In Kuala Lumpur 2018 akan diadakan di StarXpo Hall, KWC Fashion Mall pada 10 Februari depan.
Orang ramai yang ingin mendapatkan tiket boleh layari laman web www.myticket.asia dengan harga RM 315 (Meet & Greet), RM215 (Diamond), RM165 (Platinum), RM125 (Gold) dan RM85 (silver).
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Gempak
Mon Jan 08 2018
Kumpulan Sheila On 7 akui masih aktif mengadakan persembahan meskipun nama mereka kurang popular seperti dahulu.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Sheila On 7 kembali gegar Kuala Lumpur malam ini
Band terkenal Indonesia, Sheila On 7 kembali mengadakan konsert di StarXpo Centre KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur pukul 8.30 malam ini.
Kami masih aktif, cuma kurang popular seperti dulu - Sheila On 7
Kumpulan Sheila On 7 (SO7) akui masih aktif mengadakan persembahan meskipun nama mereka kurang popular seperti dahulu.