PELAWAK Johan akui terkejut apabila namanya diumumkan sebagai pemenang Couple MeleTOP di Anugerah MeleTOP yang berlangsung pada Ahad.
Menurut Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim, 32, dia tidak pernah menyangka akan memenangi kategori tersebut kerana selebriti yang tercalon adalah hebat-hebat belaka.
“Perkara paling terkejut pada malam tersebut ialah apabila nama saya dan Ozlyn (isteri) dinobatkan sebagai pemenang Couple MeletOP.
“Tak pernah terlintas langsung untuk menang anugerah itu memandangkan selebriti yang tercalon semuanya hebat-hebat. berbanding dengan kami.
“Kalau nak dibandingkan, kami ini selekeh saja tapi tak sangka boleh menang Couple MeleTOP. Terima kasih kepada peminat yang mengundi,” katanya ketika ditemui di Anugerah MeleTOP 2016, bertempat di Pusat Konvensyen CIDB, pada Ahad.
Dalam pada itu, mengulas mengenai kemenangannya di anugerah tersebut, Johan memberitahu akan mengalas tugasnya sebagai pelawak dengan baik supaya tidak menghampakan peminatnya.
“Setiap tahun memang berat tanggungjawab saya sebagai seorang comedian di mana saya perlu ada benda-benda atau idea baru untuk ditunjukkan kepada peminat.
“Jadi saya akan mempertingkatkan mutu persembahan tidak kira sama ada di televisyen, radio mahupun persembahan secara live.
“Sebab bagi saya ini dah jadi lumrah, menang atau tidak kita perlu galas tanggungjawab dan kerja yang dilakukan dengan baik,” ujarnya.
Terdahulu, Johan telah merangkul lima anugerah iaitu Top Top Meletop, Radio MeleTOP, Program Radio MeleTOP, Artis Lawak MeleTOP dan Couple MeleTOP.
Gempak
Tue Mar 01 2016
Pelawak Johan (kiri) akui terkejut apabila namanya diumumkan sebagai pemenang Couple MeleTOP di Anugerah MeleTOP.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Anugerah MeleTOP Era 2020 ditunda
Pihak penganjur memaklumkan ini merupakan satu usaha proaktif dan langkah berjaga-jaga bagi membendung penyebaran wabak tersebut disamping memastikan keselamatan semua pihak yang terlibat.
Ini respon Farah Nabilah bila netizen pertikai tidak bertudung lepas buat umrah
Pelakon Farah Nabilah mengharapkan peminatnya tidak sewenang-wenangnya menilai imej atau pilihannya untuk tidak bertudung selepas pulang mengerjakan umrah baru-baru ini.
[Eksklusif] Menyingkap rahsia kejayaan Hafiz Suip
Menyingkap rahsia kejayaan penyanyi berbakat emas, Hafiz Suip dari mahu membuka kedai makan sehinggalah digelar Siti Nurhaliza lelaki.